MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

SELAMAT PENGANTIN BARU FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE


Selamat pengantin baru diucapkan kepada pelakon filem Hantu Gengster iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga kekal ke akhir hayat. Abg Grey ada letak beberapa pic ehsan daripada Rotikaya dan Beautifulnara.




Kalau nak tengok pic2 lain, sila jenguk entri:
Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil

Bagi yg nak info lebih lanjut, korang leh jenguk entri ni:
Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz (Rotikaya) atau
Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle (Beautifulnara)

KESIAN SI IBU LUMPUH


Apa jenis punya anak la??? Sampai hati dia boleh biarkan ibunya yg lumpuh tinggal terkontang-kanting di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Ni la "Si tanggang" zaman moden. Harap2 Allah akan membalasnya kelak. 







Sedih betul aku tonton video ni. Jangan la korang buat emak korang macam ni ye..

CARA NAK REMOVE FACEBOOK TIMELINE


Selama ni mesti korang pening dan rimas bila dah guna Facebook Timeline kan? Dah lah susah nak guna. Lebih2 lagi pada yang baru nak belajar main FB ni. So, aku dah dapat cara yang terbaru utk remove Timeline yang telah buat "semak" dalam FB ni.

Korang cuma download mengikut browser (Mozilla, Chrome atau I.E) yang korang guna. Kalau korang guna Mozilla, download guna Mozilla la ye..




Bila dah siap "download", korang "restart" (tutup dan buka semula) browser korang. Pastu, korang share la pada kengkawan korang ye. Jangan kedekut ilmu. Sharing is Caring..

KENAPA RAMAI YG MENANTI i PHONE 5?


Apple inc. akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu i Phone 5 tak lama lagi. Kelebihan yag ada pada telefon ini pasti akan membuatkan korang rasa kagum. Apa tak nya, teknologi "hologram" akan diaplikasikan dalam telefon ini. Selain itu, ia juga amat nipis.


Nak tau apa kelebihan hologram dan lain2 lagi dalam telefon ini? Saksikan video ni:


FILIPINA VS MALAYSIA LIVE STREAMING DAN KEPUTUSAN PENUH

  VS 
         FILIPINA                                                    MALAYSIA

LIVE STREAMING @ MASYUKMAUN



KEPUTUSAN PENUH:


Filipina 1-1 Malaysia
Jaringan: Wolf -m34 (Filipina), Shakir Ali -m90+1 (Malaysia)

PERGH!!!! LRT NAK JATUH!!!


Apa korang rasa kalau korang ada kat dalam tren yag depan skali tu? Mesti korang ngeri kan? Masa tu la baru nak ingat Tuhan. Takut2 tak sempat nak ber"tobat". Hehehe.. Menurut laporan, kejadian ini berlaku berhampiran dengan Sentul atau Titiwangsa (tak pasti la mana yg betul). So, aku pun masih belum dapat pengesahan sepenuhnya. Kita tunggu je la laporan penuh berkaitan kejadian ni ye. Sebab tu aku taknak buat andaian lebih2. Wait and See ok..

KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN AKAN DIPAMERKAN


Senaskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad akan dipamerkan tidak lama lagi di Muzium Etnografi Ankara. Kitab tersebut turut menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati. 

Kitab tersebut ditulis dengan menggunakan bahasa Aramaik dipercayai serupa dengan bahasa Hebrew. Semoga pendedahan ini akan membuka mata banyak pihak terutama kepada pihak yg ingin memesongkan akidah umat Islam.

BIADAP SUNGGUH ERYKAH BADU!!!!

Memang sungguh tak beradap! Meletakkan tatu Allah dibadan yang disertakan dengan tatu yang berlambangkan syaitan adalah sesuatu yg tak boleh diterima oleh umat Islam seluruhnya. Berdasarkan tatu yg ada pada badannya, aku rasa penyanyi yg bernama Erykah Badu ni mungkin terlibat dgn Freemason atau Iluminati. Boleh la aku cakap yg ni semua adalah permainan org Yahudi kerana mereka memang suka mempermainkan umat Islam. Korang tengok foto kat bawah ni, yg bertanda panah tu adalah tatu yg dibuat dgn  nama Allah. Kurang ajar kan?

Erykah Badu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More