Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Piala Malaysia berjaya dirampas kembali ke negeri kelahiran ku iaitu Negeri Sembilan. Ia ibarat sebuah hadiah yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan, lebih-lebih lagi sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru iaitu Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Sememangnya, aku gembira dan bangga dengan pasukan kebanggaan negeriku..



Kejayan tersebut adalah berpunca daripada kejayaan Negeri Sembilan yang menumpaskan Kelantan 3-1, satu kemenangan yang memeranjatkan banyak pihak kerana ramai yang menjangkakan pasukan Kelantan adalah pasukan pilihan pada edisi final kali ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi batu loncatan untuk meningkatkan lagi prestasi bukan sahaja untuk Liga Malaysia akan datang, tetapi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Piala AFC. Selamat maju jaya. Syabas!!


Berikut adalah imbasan gol-gol yang menarik pada perlawanan tersebut.



0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More