MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

Keputusan Malaysia vs Kyrgyzstan Sukan Asia 2010

MALAYSIA mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, Guangzhou, China, petang tadi.
S Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 selepas jaringan awal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27 disamakan pemain lawan, Sydykov, 10 minit kemudian.
Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan kedua di gelanggang sama pada pukul 4 petang Rabu ini yang akan disiar secara langsung menerusi Astro Arena.
Perlawanan lain menyaksikan Vietnam menewaskan Bahrain 3-1 manakala Korea Selatan tewas kepada jiran mereka, Korea Utara 0-1.


BN MENANG DI DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI



galas batu sapi
bn



linda
Keputusan Rasmi P.185 Batu Sapi
Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773 undi
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Majority – 6,359

aziz
Keputusan Rasmi N.45 – Galas
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 5,177 undi
Majority – 1,069

Barisan Nasional (BN) telah memenangi bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan. Dengan kemenangan ini telah membuktikan sokongan terhadap BN khususnya pimpinan PM Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semakin meningkat dengan menjelangnya PRU ke-13 yang dikatakan bakal diadakan pada tahun 2011. Semoga dengan kemenangan ini pihak parti BN hendaklah sentiasa bekerja keras untuk menunaikan segala janji terhadap rakyat pada manfestasi mereka.

MENARA WARISAN MERDEKA BAKAL MENJADI BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA


Saya teringat suatu masa dahulu Malaysia cukup bangga apabila Menara Berkembar Petronas berdiri megah pada tahun 1998 dan sekaligus dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia (1998-2004). Malaysia jadi tumpuan seluruh dunia hinggakan sebuah production Hollywood telah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem Entrapment (1999) yang dilakonkan oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Filem yang berkisah tentang si pencuri ulung yang mencuri artifek berharga.
menara berkembar petronas
Menara Berkembar Petronal, Kuala Lumpur (sumber gambar: wwwtraveltipsandphotoscom)
Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015. Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut. Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.
Selain Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan satu projek yang baik untuk negara sebab projek mega seperti itu banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan yang sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Selain itu melalui projek tersebut juga ia akan mencetuskan peluang-peluang perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang terdapat di negara ini. (Pendirian Tun Dr. Mahathir ini tentunya berbeza semasa mengemukakan pandangannya tentang pembinaan Jambatan Pulau Langkawi oleh dua buah syarikat di Perlis yang mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis)
tapak menara warisan merdeka
Tapak Cadangan Menara Warisan Merdeka
Jika cadangan ini benar-benar terlaksana, maknanya Menara Berkembar Petronas terpaksa menyerahkan status bangunan tertinggi di Malaysia kepada Menara Warisan Merdeka. Pada masa itu berkemungkinan tumpuan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mungkin juga akan beralih kepada menara yang baru ini.  Walaupun mungkin masih gagal mengatasi Burj Dubai sebagai bangunan tertinggi di dunia, tapi saya yakin pada masa itu akan lebih banyak lagi production Hollywood dan Bollywood yang buat penggambaran filem di sana. Bahkan, si France Spiderman sekali lagi akan berminat datang ke Malaysia dan memanjat menara berkenaan jika dia masih lagi hidup. Dan tentunya secara peribadi sayapun turut bangga kalau negara punya banyak bangunan pencakar langit.
menara warisan merdeka
Lakaran Menara Warisan Merdeka - Gambar: Azlan Zamhari (Malaysiakini)
Cuma berharap tidak akan ada ada orang luar yang cuba memperli negara kita macam dalam filem Entrapment yang ditulis awal-awal tu. Filem yang diharapkan dapat mempromosi malaysia, tiba-tiba mempamerkan bangunan pencakar langit dengan berlatar belakangkan rumah-rumah setinggan, sungai kotor, lorong sempit serta banyak pemandangan yang menyakitkan mata. Filem itu dulu memang sengaja memburuk-burukkan Malaysia.

MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA (Menara Al-Bait).




Pertama kali abg Grey lihat foto ini? Subhanallah.. Kagum sekali. Terlebih tatkala Abg Grey mendengar berita bahwa Mekah berniat untuk *menyaingi* jam Big Ben yang ada di London. Menara jam ini merupakan bahagian dari tujuh menara hotel Abraj Al-Bait dan terletak di seberang Masjid Agung MekahDengan dibangun di pusat kota , bangunan  ini mempunyai ketinggian yang cukup fantastik, bahkan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia saat ini.

Tapi kali kedua kulihat kembali foto ini, yang bermain di fikiranku saat itu, kenapa Kaabah jadi terasa sangat pelik ye? Tenggelam diantara bangunan hotel-hotel itu. Seakan fokusnya menjadi bukan lagi di Kaabah dan Masjid, namun bangunan-bangunan megah dengan berbagai aksesori lampu yang menawan hati. Apakah memang ini yang disebut modernisasi? Bolehkah ini disebut sebagai bentuk pelayanan umat yang diberikan Arab Saudi, pada semua umat muslim yang bertandang ke negara tersebut? Ataukah ini akibat dari kemajuan zaman? Membuatkan Abg Grey berfikir dua kali untuk ke Mekah? Entahlah.. Cuba kita lihat foto ini. Sungguh menakjubkan memang, tapi perbandingan antara Kaabah dengan hotel baru tersebut, serta hotel-hotel lain di sekeliling? Terasa jauh sekali.

Aku belum pernah ke Mekah - Madinah. Hanya mendengar berita dari saudara dan temanku yang pernah kesana, dari tahun ke tahun Pemerintah Arab Saudi melakukan peningkatan infrastuktur dan prasarana. Semua terasa lebih megah, dan tentunya membuat lebih selesa kepada para muslim yang kesana untuk umrah, ataupun tatkala musim haji tiba. Ya..hanya terucap kata Subhanallah ketika aku melihat foto-foto itu, sambil berdoa semoga kelak aku boleh tiba disana. Atau jika mendapat rezeki, bersama dengan bakal isteri . Ternyata, pertambahan infrastruktur dan prasarana yang pada masa ini berkembang di Mekah, tak selalu ditanggapi positif. Ada juga yang melihat dari sudut pandang berbeza.

Adakah ini salah satu tanda kiamat? Begitu banyak sekali bangunan yang tinggi dibina. Bahkan di Kuala Lumpur akan ada satu lagi menara yang ketinggiannya 100 tingkat iaitu Menara Warisan yang diusahakan oleh PNB. Bermakna ia lebih tinggi daripada KLCC.

Berikut adalah cadangan pembangunan Masjidil Haram pada masa akan datang..


FINAL PIALA MALAYSIA 2010


piala malaysia


Tahniah kepada Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2010 sekaligus muncul pasukan yang ke-14 yang telah memenangi piala tersebut. Walaupun pasukan kesayangan ku iaitu Negeri Sembilan tewas ditangan Kelantan tetapi sokongan ku takkan beralih malah akan tetap memberi sokongan yang lebih padu pada musim depan.

Negeri Sembilan yang bermula garang pada awal permainan yang menguasai 60% separuh masa pertama hampir mendahului melalui hantaran cantik S. Kunanlan tetapi gagal disudahi oleh Idris Karim. Namun Negeri Sembilan akhirnya memecah kebuntuan hasil jaringan penalti yang mudah disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-14. Negeri Sembilan terus menguasai permainan sehingga tamat babak pertama.

Apabila masuk babak kedua, Kelantan yang mula menemui rentak telah mula membuat serangan bertali arus sehinggalah Hairuddin Omar berjaya membuat tandukan cantik yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-57. Stadium Bukit Jalil bergema sekali pada minit ke-65 apabila pemain tengah Muhd Badhri Radzi menggegar gawang Negeri Sembilan hasil umpanan cantik Nurfarhan.

Negeri Sembilan yang agak tertekan apabila pemain kental, Aidil Zafuan mengalami kecederaan kerana diterjah keras oleh Norshahrul Idhlan Talaha terus memberikan tentangan untuk mencari gol penyamaan namun Kelantan berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan.

Walau apa pun keputusan, Abg Grey memuji edisi final kali ini kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan satu permainan yang amat berkualiti tinggi dan para penyokong amat spoting sekali. Tahniah!!!

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 2 1 NEGERI SEMBILAN

CARA INGIN MELAJUKAN MOZILLA FIREFOX


mozilla


Salam...
Anda mungkin pernah menghadapi situasi internet slow. Bila buka youtube atau movie online selalu je sangkut bila time loading. So, Abg Grey ada tips nak bagitau korang bagaimana nak melajukan Internet Browser anda kepada 3 kali kelajuan daripada biasa (hanya untuk Mozilla Firefox sahaja tau).

Anda hanya perlu arahan di bawah ini:

1. Buka Firefox anda, dan taip kat address tu —-> about:config

2. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining 
network.http.proxy.pipelining 
network.http.pipelining.maxrequests
3. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -
network.http.pipelining – true
network.http.proxy.pipelining – true 
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)
4. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay 
set kepada 0
dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)
kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat mencuba ye!!

TANDA-TANDA SEBELUM KEMATIAN



100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

TAWARAN PAKEJ-PAKEJ PERCUTIAN YANG TERHEBAT!!!!

Salam sejahtera.. Kepada pembaca-pembaca ruangan blog ini. Pihak syarikat saya (Al-Hijjrah Vacation Sdn. Bhd.) telah menawarkan pakej-pakej percutian yang terhebat khusus untuk pembaca blog ini.

Terdapat pelbagai pakej-pakej percutian yang ditawarkan seperti Langkawi,Tioman, Medan,Jakarta-Bandung, Umrah, Australia, dan yang terbaru adalah percutian ke Universal Studio, Singapura pada kadar harga yang cukup istimewa.


Untuk pekerja-pekerja kerajaan, anda kini boleh membuat potongan 'Biro Angkasa' untuk mendapatkan pakej-pakej tersebut.

Berikut adalah borang permohonan yang perlu untuk anda isi dan pihak kami akan hubungi anda untuk menerangkan tawaran pakej tersebut dengan seberapa segera.








Name:




Alamat:




No Telefon:




Emel:




Minat melancong?

YA

TIDAK



Jenis percutian yang anda inginkan:

DALAM NEGARA

LUAR NEGARA

UMRAH

TEAMBUILDING



Sila nyatakan destinasi:




Jantina:

LELAKI

PEREMPUAN



Status:

BUJANG

BERKAHWIN

BERCERAI

JANDA

DUDA



Pekerjaan:

KERAJAAN

SWASTA

SENDIRI

BERNIAGA



Nyatakan:




Pendapatan bulanan kasar anda:




Pekerjaan pasangan anda(jika telah berkahwin):

KERAJAAN

SWASTA

SENDIRI

BERNIAGA



Nyatakan:




Pendapatan bulanan kasar pasangan anda:







This contact form was created by Freedback.

KEDAH KE NEGERI SEMBILAN YANG MENANG PIALA FA 2010????

Jom beramai-ramai untuk saksikan pertarungan yang hebat bagi merebut kejuaraan pada Final TM Piala FA.
Korang rasa, pasukan mana yang akan menang?
Kedah ke Negeri Sembilan?

DIN BERAMBOI TELAH PULANG KE RAHMATULLAH


Salam takziah kepada keluarga penyampai radio ERA dan pelawak terkenal iaitu Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah pulang ke rahmatullah kira-kira pada pukul 12:30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
.
Allahyarham yang berusia 43 tahun telah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Jenazah allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat jumaat nanti.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada roh allahyarham. -AL-FATIHAH-

BANDAR SPACE CITY RM13 BILLION DEKAT SEREMBAN

Sebuah syarikat dari Dubai yang berpangkalan di India akan membiayai sebuah projek yang dinamakan "Space City" seluas 400hektar yang terletak dalam kawasan Seremban yang turut berhampiran Bandar Enstek, Bandar Sime Darby, Sri Sendayan dan KLIA serta Litar F1Sepang.

Projek Ultra-Moden ini meliputi beberapa fasa termasuk pembinaan bangunan pencakar langit melebihi 40 tingkat yang akan menjadi bangunan tertinggi di Negeri Sembilan. Projek ini akan disiapkan dalam masa 15 tahun.

Menteri Besar Negeri sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan berkata projek yang bernilai RM 13 billion ini adalah pertama seumpanya di dunia dan tidak akan dapat dilihat dibandar-bandar lain di dunia ini kerana ia berkonsep baru secara keseluruhan. Apabila siap kelak, bandar ini akan menjadi bandaraya yang paling moden di Malaysia yang kita tidak dapat bayangkan.

Berikut adalah keratan akhbar yang melaporkan tentang Space City ini.

Keratan akhbar dari The Star
Berita dari Skycrapercity.com
Berita dari Allvoices.com

MODEL BARU PROTON (MSX)

Salam.. Ini adalah model baru PROTON iaitu model MSX.
Cun x? Bila keluar pasaran, pasti meletuplah.
Cayalah PROTON.. PROTON memang berani berubah!

 Dah tengok kan?
Cun x?
Komen la ye..

DATUK LEE CHONG WEI MENJUARAI BADMINTON SUPER SERIES ALL ENGLAND


Sekalung tahniah kepada jaguh badminton perseorangan negara iaitu Datuk Lee Chong Wei kerana telah menjuarai Badminton Super Series All England. Lebih manis lagi beliau memenanginya pada sempena ulangtahun kejohanan tersebut yang ke-100 tahun. Beliau telah menewaskan 'Giant Killer' dari Jepun iaitu Kenichi Tago dalam aksi sengit yang berkesudahan dengan kemenangan 21-19 dan 21-19.

Lagu Kesukaan Ku

Dalam banyak-banyak lagu, lagu nyanyian kumpulan Green Day iaitu 21 Guns adalah lagu yang paling kau minat. Aku pun x tau la kenapa aku suka sangat lagu ni? Mungkin sebab melodi yang menarik dan romantis sekali. Korang dengar la lagu ni ye. Siap lirik sekali.








SENARAI BANGUNAN TERTINGGI DIDUNIA YANG TERKINI

Tahukah anda senarai bangunan tertinggi didunia yang terkini??? Saya boleh memberitahu anda. Sila lihat senarai dan beberapa gambar bangunan tertinggi didunia dibawah ini:




SENARAI BANGUNAN TERTINGGI DUNIA TERKINI



BURJ AL-KHALIFAH, DUBAI



FINANCIAL CENTER, SHANGHAI

 
101 TAIPEI, TAIWAN


PETRONAS TWIN TOWER, KUALA LUMPUR

BENARKAH UFO DAN MAKHLUK ASING WUJUD?

Semua orang masih bertanya betul ke UFO dan makhluk asing ni wujud di muka bumi ini? Atau sekadar cerita dongeng dan rekaan semata-mata? Tetapi dengan gambar-gambar yg selitkan ini, sedikit sebanyak akan memberi gambaran kepada kita bahawa mereka wujud atau sebaliknya? Lihatlah gambar-gambar dibawah ini:

 
UFO 1


 UFO 2


ALIEN 1


 ALIEN 2


ALIEN 3


ALIEN 4


ALIEN 5


ALIEN 6
Ha!! Dah tengok kan? Sekarang, LU PIKIRLAH SENDIRI....

KISAH YA'JUJ & MA'JUJ


 

 


Hingga apabila dia [Zulqarnain] sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua-duanya kaum yang hampir tidak dimengertikan bahasa mereka. Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu, golongan yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami mengupahmu supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?" Zulqarnain berkata, "Apa yang telah Allah perkuatkan aku lebih baik. Justeru, tolonglah aku dengan kekuatan [manusia dan peralatan], agar aku membina dinding di antara kamu dan mereka." "Berikanlah aku kepingan-kepingan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua [puncak] gunung itu, Zulqarnain berkata, "Tiuplah [api]." Hingga apabila besi itu sudah menjadi [merah seperti] api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar kutuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka tidak mampu juga menembusinya. Zulqarnain berkata, "Ini [dinding] adalah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh, dan janji Tuhanku itu adalah benar." Kami biarkan mereka di hari itu bercampur-aduk di antara satu sama lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.

[Al-Kahfi: 93-99]

Hingga apabila dibukakan [tembok] Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar [hari kebangkitan], maka tiba-tiba terbelalaklah mata golongan kuffar. [Mereka berkata] "Aduhai, celakalah kami. Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah golongan yang zalim.

[Al-Anbia': 96-97]

AL-QURAN tak banyak cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni. Sebabnya al-Quran bukan buku sejarah, bukan juga novel. Yang penting dalam kisah ni, adalah manusia mengambil iktibar kekuasaan Allah, yang boleh mencipta dunia ini, dan mampu menghancurkannya. Ya'juj dan Ma'juj adalah tanda kebesaran Allah, menunjukkan dunia ni makin hampir ke saat-saat akhirnya. Bila aku cerita sebelum ni, aku fikir hanya sebagai lintasan jurnal, tazkirah kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca yang nak ambik iktibar. Sebab itu, aku cerita tak habis, aku kutip sikit-sikit. Tapi memandangkan ramai yang nak tau lebih lanjut, aku terfikir, kenapa aku tidak ceritakan secara lengkap, berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain?

Tak seperti kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian yang telah disongsangkan, al-Quran hanya menceritakan bagaimana Ya'juj dan Ma'juj ini boleh terperangkap dan bila pula mereka dapat tembusi sekatan itu dalam dua buah surah. Itu pun, surah pertama dalam tujuh ayat, dan yang kedua hanya dua ayat sahaja. Yang penting, kita ambil iktibar, betapa manusia yang semakin rosak dan merosakkan, akan bertemu dengan yang lebih rosak dan yang lebih merosakkan. Keangkuhan manusia tumpas juga!

Lughawiyyin [ahli bahasa Arab] berselisih pendapat dalam menentukan asal kalimah ni. Kebanyakan mereka beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni berasal dari kalimah asing, manakala sebahagian kecil lagi berpendapat memang dari bahasa Arab yang asal. Ada juga yang membacanya tanpa menyebut hamzah, maka jadilah Yajuj dan Majuj. Dalam bahasa Yunani, dorang panggil Gog dan Magog.

Ya'juj dan Ma'juj ni pun manusia cam kita. Mungkin sebelum ni kita menggambarkan mereka macam makhluk asing, ala, cam Aliens, Species, ET atau seribu satu lagi makhluk kat planet Zarqon. Pada zaman Nabi Nuh, Allah turunkan bala kepada manusia kerana engkar. Lalu seluruh dunia mengalami bah besar. Mungkinkah waktu bah besar ni, dinasor semua mati? Selepas bah, Nabi Nuh mendapat tiga orang anak. Ada disebut dalam hadis, nama-nama anak Nabi Nuh ni. Dari Sam, maka berkembang-biaklah umat Arab, Parsi dan Rum. Dari Ham, muncul pula bangsa Habshah, Zinj [orang kulit hitam] dan Nubah [satu bangsa yang tinggal sekitar selatan Aswan hingga Dunqalah, Sudan]. Dari Yafith nilah Ya'juj dan Ma'juj berasal, sekali dengan bangsa Turki dan Thaqalibah. Aku tak pasti Thaqalibah ni bangsa apa tapi macam bangsa yang telah lenyap dari bumi.



Ada ahli yang pakar dalam ilmu nasab-nasab ni, [antropologikah?] beranggapan bangsa lain yang keluar dari Yafith, ialah A'ri dan China. A'ri aku tak pasti bangsa apa, tapi dorang ada di India, Iran dan juga di Eropah. Jadi, mereka membuat kesimpulan, bangsa China, India dan Asia Timur juga berasal dari Yafith. Aku tak jumpa bangsa Asia Tenggara dari mana. Tapi mungkin juga kita semua ni dari Yafith, ada bau-bau stokin dengan Ya'juj dan Ma'juj. Boleh jadi kita pun berpotensi jadi bangsa perosak. Nengok kan perangai manusia bangsa kita pun, memang dah makin rosakkan? :) Rafthah terselamat pasal dia orang Arab, moyang dia Sam. Dalam hadis ada disebut jumlah mereka. Bukhari ada meriwayatkan antara hadis itu, yang menyebut setiap 1000 penghuni neraka, 999 terdiri dari Ya'juj dan Ma'juj, 1 pula dari kalangan manusia lain. Dalam satu hadis yang gharib, ada disebut mereka tak akan mati melainkan setelah meninggalkan lebih dari 1000 zuriat. Wallahu'alam sama ada betul atau tidak. Tapi kesimpulannya, memang Ya'juj dan Ma'juj ni banyak gila, melampau-lampau.

Allah tak memberitahu kat mana tempat mereka berkurung. Nasib baik Allah tak dedahkan, sebab manusia ni bukan boleh percaya sangat. Nanti ada pula manusia gila kuasa yang cuba bebaskan mereka dan konon-kononnya nak bekerjasama [tak pun nak berdakwah, ahaks!] untuk perintah bumi ni. Dengan Presiden Amerika Si Bush tak pun Israel dengan Ariel Sharon tu, memang tak boleh percaya.

Tapi ulama' dengan ijtihad mereka cuba mengesan kat mana mereka berada. Ibnu Abbas beranggapan mereka ni berada di sempadan Turki, berhampiran Armenia dan Azerbaijan. Al-Alamah Jamaluddin al-Qasimi menyebut, sebahagian ahli sejarah beranggapan, Ya'juj dan Ma'juj berada di belakang pergunungan Qauqaz di wilayah Daghistan. Tapi puak tu namaya Aquq dan Maquq, yang menjadi moyang kepada kebanyakan bangsa di utara dan barat kepada Rusia dan Asia. Abu A'la Maududi pula beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni ialah bangsa Rusia dan Utara China, yang dikenali sebagai bangsa Tatar, Monggol, Hun, Sabith dan lain-lain.






Ahli sejarah Yahudi, Busipus pula beranggapan mereka ni ialah kaum Shith yang mendiami di utara dan barat Laut Hitam. Intelektual Nasrani, Jirum pula berpendapat Ya'juj dan Ma'juj ni tinggal di utara Qafqaz, berhampiran Laut Khazr [aku fikir Laut Caspian]. Okey, kalau ikut realitinya, di antara Laut Caspian dan Laut Hitam ada banjaran gunung Qauqaz yang memisahkan antara bahagian utara dari selatan. Di sekitar banjaran tu ada laluan sempit yang dinamakan Darabal. Kat situ memang ada tembok besi yang dibina umat zaman dulu yang agak menyerupai ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran tu.

Tapi kat kawasan tu tak ada sangat puak-puak barbaric melainkan yang kecil-kecil. Sebab tu ada sorang ustaz bagi tau aku [tapi aku lupa pula nak tanya dia ambil kat mana], tembok besi yang Zulqarnain tu bina sebenarnya memang tinggi sehingga sama taraf gunung, tapi Ya'juj dan Ma'juj terperangkap dalam bumi. Korang mesti ingat novel-novel Inggeris pasal penjelajahan bawah tanahkan? Ada sebuah filem, tapi aku lupa judol filem tu. Mungkinlah, dorang berinspirasikan kisah ni, kot. Tapi tulah, kuasa dan ilmu Allah, yang manusia sampai sekarang masih belum dapat selongkar. Dorang boleh agak tempat tu, tapi tak ada pula dorang jumpa kaum seperti tu. Aku fikir kalau dorang jumpa pun, tentu dorang dah mampus sebab kena bunuh dengan Ya'juj dan Ma'juj ni.

Camna nak kenal Ya'juj dan Ma'juj, ya. Sebab muka bukan cam Aliens yang Sigourney Weaver selalu bunuh tu, atau pun raksasa yang dulu tiap-tiap minggu ultraman dan ahli keluarganya duk bunuh, maka korang tentu tak sukar nak gambarkan wajah mereka. Ya'juj dan Ma'juj ni berwajah lebar, mata sepet, kulit kuning kemerah-merahan dan keputih-putihan [entahler warna apa nak ditulis] dan muka mereka cam perisai yang orang dulu pakai masa perang. Rambut dorang kelabu. Ada sesapa yang mirip ciri-ciri aku sebut tu? :)

Ya'juj dan Ma'juj ni keluar dari tembok besi tu lepas Nabi Isa yang diturunkan semula ke bumi berjaya membunuh Dajjal. Aku akan ceritakan Dajjal ni dalam catatan yang lain walaupun Dajjal muncul dulu. Maknanya, selepas Nabi Isa menghukum Yahudi dan fitnah-fitnah mereka, barulah Allah izinkan Ya'juj dan Ma'juj keluar.

Dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok seluas ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Zainab pun bertanya, "Adakah kita akan dihancurkan sedangkan di kalangan kita golongan yang soleh?" Nabi membalas, "Ya, apabila kejahatan tersebar."

Maksud kejahatan tu, kefasikan dan kemungkaran. Ada ulama' yang beranggapan kejahatan tu merujuk secara khusus kepada zina. Agak-agak dah banyak tak zina kat dunia ni, eh, tengok kat Malaysia sudah lah. Ada sorang kadi yang bagi tau, dia pernah menahan pasangan yang buat projek atas motor. Atas motor, kawan! Ceritanya begini, dia naik kereta dia, kat depan tu ada motor. Yang peliknya, jalan tu rata je, tapi penunggangnya cam naik motor atas jalan yang tak rata, kira melompat-lompatlah motor tu. Dia pun kejar motor tu, dan bila dah berselisih, dia tengok yang bawa motor tu pompuan, penunggangnya laki. Yang pompuan pakai skirt yang singkat, yang laki seluarnya dah terlondeh hingga ke paha. Dia tahan motor tu. Kau bayangkan, dalam satu hadis nabi kat akhir zaman, manusia akan berzina di tepi-tepi jalan cam anjing. Ni kat tengah jalan, dan ni berlaku di Malaysia yang Dr. M yang kita kasihi kata negara Islam! So, kalau dah rasa kita ni kat akhir zaman, bawa-bawalah taubat.

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah, ada cerita menarik. Ya'juj dan Ma'juj ni setiap hari cuba menembusi tembok besi tu. Setiap kali, mereka hampir selesai gali dan tembusi tu, matahari pun nak terbenam. So, Presiden Ya'juj dan Ma'juj pun arahkan balik dan sambung gali balik esok. Malam tu, Allah tambahkan tembok tu sekali ganda lagi. Sehinggalah suatu hari yang dijanjikan, Allah memang mengkehendaki mereka ni tersebar kat muka bumi, maka bila hampir selesai, dan seperti biasa, matahari nak terbenam, lalu Presiden tu pun suruh balik dan kata, INSYA-ALLAH kita sambung balik esok. Jadi, berkat si Presiden tu kata insya-Allah, maka tak ada tambah-tambah lagi dan kekal cam biasa. Besoknya, mereka gali sikit dan dapat tembusi lalu bertebaran kat muka bumi ni.

Dulu aku berhenti kat sinilah. Kalau aku berhenti juga kat sini, tentu korang pun tensen lagi. Kak Aquil terseksa lagi!

Fitnah Ya'juj dan Ma'juj ni terlalu besar dan tersebar kat muka bumi. Even Nabi Isa yang dapat mengalahkan Dajjal pun tak dapat menahannya. Dan memang janji Allah, Ya'juj dan Ma'juj ni tak ada sapa yang dapat kalahkan. So, Nabi Isa dan manusia akan bersembunyi ketika tu. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya waktu tu akan bersembunyi di Bukit Tur. Yang lain pun pandai-pandai cari tempat persembunyian sebab kalau jumpa dengan Ya'juj dan Ma'juj ni memang jadi arwahlah.

Sekumpulan mereka melalui Tasik Tabariyah, Palestin, lalu minum air tu sehingga satu puak yang lain bila sampai kat situ hanya berkata, "Dulu kat sini ada tasik." Maknanya dah kering tasik tu. Sesapa pun tak dapat menahan mereka.

Jadi bila Ya'juj dan Ma'juj ni dah tak jumpa manusia, sama ada kena bunuh atau sempat bersembunyi, lalu mereka pun mula berlagak gila bangkong. Presiden mereka pun naik ke atas puncak Bukit al-Khamr di Baitul Maqdis, lalu melaung sekuat-kuat yang boleh, "Sesungguhnya kita telah berjaya membunuh manusia yang berada di atas muka bumi. Mari kita bunuh pula yang ada di langit." Jadi mereka pun pakat-pakat panah langit. Allah nak main-mainkan mereka, lalu bila anak panah tu jatuh, berlumuran dengan darah. Maka mereka pun bertambah berlagak gila babi, babi gila pun tak berlagak cam tu.

Tapi Allah takkan biarkan hamba-hamba yang sentiasa taat macam tu. Lalu Allah turunkan ulat-ulat di belakang mereka. Ulat-ulat ni akan makan daging mereka cam serigala baham kambing. Ya'juj dan Ma'juj yang rasa kuat, gagah perkasa dan ego gila tu dikalahkan hanya dengan ulat-ulat kecil. Ingat pasal kisah Abrahah dengan tentera bergajah yang bongkak, hanya dikalahkan burung ababil dengan batu-batu kecil. Selalu Allah hukum orang yang rasa gagah perkasa ni macam tu, dengan haiwan atau benda yang kecil dan lemah. Jadi, kalau rasa tinggi gila, kaya gila, hebat gila, kuat gila, ingat suatu hari nanti, tak mustahil kita akan dikalahkan dengan makhluk yang selama ni kita pandang lekeh. Tu belum Allah turunkan dengan yang setanding. Tak tau nak gambarkan camner kalau Allah utuskan malaikatul maut dengan wajah mereka untuk menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj tu.

Dengan ulat-ulat tu lah, maka Ya'juj dan Ma'juj mampus. Bila Nabi Isa dan umat manusia keluar dari tempat persembunyian. Pada masa tu, kerana bangkai-bangkai Ya'juj dan Ma'juj ni banyak, maka tak ada tempat kat muka bumi ni untuk berpijak melainkan atas bangkai-bangkai mereka. Camner nak buat ya, mana nak campak bangkai-bangkai tu kalau tak ada tempat yang kosong? Memang, kudrat manusia tak boleh nak buat apa-apa dah. Jadi dorang hanya dapat berdoa. Lalu Allah utuskan burung-burung yang bertengkok panjang. Mungkin burung ereng? Manakala panah dan busur tu pula orang Islam bakar selama tujuh tahun baru api tu padam. Allah turunkan hujan sehingga bumi bersih dan Allah perintahkan bumi supaya menumbuhkan pohon-pohon.

Selepas tu Nabi Isa dan umat manusia pun memulakan hidup. Tapi bukan cam akhir cerita dongenglah, and they live happily ever after. Nabi Isa akan menegakkan hukum Islam, ikut syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw lah sebab, syariat Islam adalah penutup kepada syariat-syariat nabi lain. Nabi Isa juga akan menunaikan haji dan menziarahi Masjid Nabawi. Waktu tu keamanan dan keberkatan akan tersebar kat muka bumi.

Tapi sebab tu dah akhir zaman, maka keamanan dan keberkatan tu tak bertahan lama. Nabi Isa akan wafat. Tanda-tanda besar kiamat makin banyak berlaku. Dan pada suatu hari yang tarikhnya pada pengetahuan Allah, kiamat akan berlaku.

Aku cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni bukan sekadar menghiburkan hati. Cerita ni bila kita dengar, sepatutnya kita makin insaf, kita sebenarnya berada di ambang kiamat. Maka sudah semestinya, bila kita sedar kita berada hampir begini, kita akan beramal soleh. Amal soleh, bukan hanya bererti duduk atas sejadah atau dalam masjid. Tapi amal soleh ialah melaksanakan apa-apa jua perintah Allah. Oleh kesempurnaan dan keluasan Islam ni, maka setiap amalan mesti berlandaskan Islam.

Bukanlah bermakna bila kita tau Nabi Isa pasti turun, bunuh Dajjal dan menghukum Yahudi, maka kita kena tunggu. Sebab Allah bukan tentukan pahala kita pada kejayaan kita, tapi kita dinilai pada apa yang kita buat. Kalau kita yakin, Islam akan menang, maka mestilah kita kerja untuk memenangkan Islam. Syarat kemenangan mesti dipenuhi, baru kemenangan dapat. Ya'juj dan Ma'juj, salah satu tanda besar kiamat. Sebelum tu, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak berlaku. Kalaupun kiamat tu lambat lagi [ikut perkiraan manusia], tapi kematian bila-bila boleh berlaku. Lagi pun mati tu kan kiamat kecil bagi manusia!

CARREFOUR Rahang Seremban Telah Dibuka!!

 
Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dengan Pengerusi Carrefour Malaysia sedang menanam pokok sebagai simbolik perasmian Carrefour Rahang, Seremban.

Salam..
Berita baik kepada penduduk sekitar bandar Seremban.
Carrefour Hypermarket yang pertama di Negeri Sembilan telah dibuka secara rasminya.
Ia terletak di Bandar Seremban Forest Height yang berhadapan dengan jalan Seremban-Tampin.
Boleh dikatakan antara Carrefour yang terbesar di Malaysia.
Semoga anda dapat berjimat dengan membeli-belah di Carrefour.

 
Menteri Besar sedang melawat kawasan didalam Carrefour.

Anugerah Juara Lagu Ke-24




Anugerah Juara Lagu ke-24 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Putra Bukit Jalil. Siapakah yang telah dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut???



Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 (2010).

Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)

Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)

Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)




P/s: Persembahan semua mantop belaka termasuk persembahan artis undangan. Terbaik!!~

Cerita sebenar P.Ramlee

Siapa tak kenal P Ramlee?
Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc.
Dia seorang Sen im an Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?
Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C
Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J
Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q
Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X
Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:
A Ramlee, L Ramlee, M..Ramlee dan P Ramlee.

Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger.
Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More