BANDAR SPACE CITY RM13 BILLION DEKAT SEREMBAN

Sebuah syarikat dari Dubai yang berpangkalan di India akan membiayai sebuah projek yang dinamakan "Space City" seluas 400hektar yang terletak dalam kawasan Seremban yang turut berhampiran Bandar Enstek, Bandar Sime Darby, Sri Sendayan dan KLIA serta Litar F1Sepang.

Projek Ultra-Moden ini meliputi beberapa fasa termasuk pembinaan bangunan pencakar langit melebihi 40 tingkat yang akan menjadi bangunan tertinggi di Negeri Sembilan. Projek ini akan disiapkan dalam masa 15 tahun.

Menteri Besar Negeri sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan berkata projek yang bernilai RM 13 billion ini adalah pertama seumpanya di dunia dan tidak akan dapat dilihat dibandar-bandar lain di dunia ini kerana ia berkonsep baru secara keseluruhan. Apabila siap kelak, bandar ini akan menjadi bandaraya yang paling moden di Malaysia yang kita tidak dapat bayangkan.

Berikut adalah keratan akhbar yang melaporkan tentang Space City ini.

Keratan akhbar dari The Star
Berita dari Skycrapercity.com
Berita dari Allvoices.com

1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More