DIN BERAMBOI TELAH PULANG KE RAHMATULLAH


Salam takziah kepada keluarga penyampai radio ERA dan pelawak terkenal iaitu Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah pulang ke rahmatullah kira-kira pada pukul 12:30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
.
Allahyarham yang berusia 43 tahun telah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Jenazah allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat jumaat nanti.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada roh allahyarham. -AL-FATIHAH-

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More