MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

Keputusan Malaysia vs Kyrgyzstan Sukan Asia 2010

MALAYSIA mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, Guangzhou, China, petang tadi.
S Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 selepas jaringan awal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27 disamakan pemain lawan, Sydykov, 10 minit kemudian.
Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan kedua di gelanggang sama pada pukul 4 petang Rabu ini yang akan disiar secara langsung menerusi Astro Arena.
Perlawanan lain menyaksikan Vietnam menewaskan Bahrain 3-1 manakala Korea Selatan tewas kepada jiran mereka, Korea Utara 0-1.


BN MENANG DI DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI







Keputusan Rasmi P.185 Batu Sapi
Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773 undi
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Majority – 6,359

aziz
Keputusan Rasmi N.45 – Galas
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 5,177 undi
Majority – 1,069

Barisan Nasional (BN) telah memenangi bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan. Dengan kemenangan ini telah membuktikan sokongan terhadap BN khususnya pimpinan PM Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semakin meningkat dengan menjelangnya PRU ke-13 yang dikatakan bakal diadakan pada tahun 2011. Semoga dengan kemenangan ini pihak parti BN hendaklah sentiasa bekerja keras untuk menunaikan segala janji terhadap rakyat pada manfestasi mereka.

MENARA WARISAN MERDEKA BAKAL MENJADI BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA


Saya teringat suatu masa dahulu Malaysia cukup bangga apabila Menara Berkembar Petronas berdiri megah pada tahun 1998 dan sekaligus dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia (1998-2004). Malaysia jadi tumpuan seluruh dunia hinggakan sebuah production Hollywood telah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem Entrapment (1999) yang dilakonkan oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Filem yang berkisah tentang si pencuri ulung yang mencuri artifek berharga.
menara berkembar petronas
Menara Berkembar Petronal, Kuala Lumpur (sumber gambar: wwwtraveltipsandphotoscom)
Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015. Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut. Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.
Selain Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan satu projek yang baik untuk negara sebab projek mega seperti itu banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan yang sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Selain itu melalui projek tersebut juga ia akan mencetuskan peluang-peluang perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang terdapat di negara ini. (Pendirian Tun Dr. Mahathir ini tentunya berbeza semasa mengemukakan pandangannya tentang pembinaan Jambatan Pulau Langkawi oleh dua buah syarikat di Perlis yang mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis)
tapak menara warisan merdeka
Tapak Cadangan Menara Warisan Merdeka
Jika cadangan ini benar-benar terlaksana, maknanya Menara Berkembar Petronas terpaksa menyerahkan status bangunan tertinggi di Malaysia kepada Menara Warisan Merdeka. Pada masa itu berkemungkinan tumpuan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mungkin juga akan beralih kepada menara yang baru ini.  Walaupun mungkin masih gagal mengatasi Burj Dubai sebagai bangunan tertinggi di dunia, tapi saya yakin pada masa itu akan lebih banyak lagi production Hollywood dan Bollywood yang buat penggambaran filem di sana. Bahkan, si France Spiderman sekali lagi akan berminat datang ke Malaysia dan memanjat menara berkenaan jika dia masih lagi hidup. Dan tentunya secara peribadi sayapun turut bangga kalau negara punya banyak bangunan pencakar langit.
menara warisan merdeka
Lakaran Menara Warisan Merdeka - Gambar: Azlan Zamhari (Malaysiakini)
Cuma berharap tidak akan ada ada orang luar yang cuba memperli negara kita macam dalam filem Entrapment yang ditulis awal-awal tu. Filem yang diharapkan dapat mempromosi malaysia, tiba-tiba mempamerkan bangunan pencakar langit dengan berlatar belakangkan rumah-rumah setinggan, sungai kotor, lorong sempit serta banyak pemandangan yang menyakitkan mata. Filem itu dulu memang sengaja memburuk-burukkan Malaysia.

MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA (Menara Al-Bait).




Pertama kali abg Grey lihat foto ini? Subhanallah.. Kagum sekali. Terlebih tatkala Abg Grey mendengar berita bahwa Mekah berniat untuk *menyaingi* jam Big Ben yang ada di London. Menara jam ini merupakan bahagian dari tujuh menara hotel Abraj Al-Bait dan terletak di seberang Masjid Agung MekahDengan dibangun di pusat kota , bangunan  ini mempunyai ketinggian yang cukup fantastik, bahkan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia saat ini.

Tapi kali kedua kulihat kembali foto ini, yang bermain di fikiranku saat itu, kenapa Kaabah jadi terasa sangat pelik ye? Tenggelam diantara bangunan hotel-hotel itu. Seakan fokusnya menjadi bukan lagi di Kaabah dan Masjid, namun bangunan-bangunan megah dengan berbagai aksesori lampu yang menawan hati. Apakah memang ini yang disebut modernisasi? Bolehkah ini disebut sebagai bentuk pelayanan umat yang diberikan Arab Saudi, pada semua umat muslim yang bertandang ke negara tersebut? Ataukah ini akibat dari kemajuan zaman? Membuatkan Abg Grey berfikir dua kali untuk ke Mekah? Entahlah.. Cuba kita lihat foto ini. Sungguh menakjubkan memang, tapi perbandingan antara Kaabah dengan hotel baru tersebut, serta hotel-hotel lain di sekeliling? Terasa jauh sekali.

Aku belum pernah ke Mekah - Madinah. Hanya mendengar berita dari saudara dan temanku yang pernah kesana, dari tahun ke tahun Pemerintah Arab Saudi melakukan peningkatan infrastuktur dan prasarana. Semua terasa lebih megah, dan tentunya membuat lebih selesa kepada para muslim yang kesana untuk umrah, ataupun tatkala musim haji tiba. Ya..hanya terucap kata Subhanallah ketika aku melihat foto-foto itu, sambil berdoa semoga kelak aku boleh tiba disana. Atau jika mendapat rezeki, bersama dengan bakal isteri . Ternyata, pertambahan infrastruktur dan prasarana yang pada masa ini berkembang di Mekah, tak selalu ditanggapi positif. Ada juga yang melihat dari sudut pandang berbeza.

Adakah ini salah satu tanda kiamat? Begitu banyak sekali bangunan yang tinggi dibina. Bahkan di Kuala Lumpur akan ada satu lagi menara yang ketinggiannya 100 tingkat iaitu Menara Warisan yang diusahakan oleh PNB. Bermakna ia lebih tinggi daripada KLCC.

Berikut adalah cadangan pembangunan Masjidil Haram pada masa akan datang..


FINAL PIALA MALAYSIA 2010


piala malaysia


Tahniah kepada Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2010 sekaligus muncul pasukan yang ke-14 yang telah memenangi piala tersebut. Walaupun pasukan kesayangan ku iaitu Negeri Sembilan tewas ditangan Kelantan tetapi sokongan ku takkan beralih malah akan tetap memberi sokongan yang lebih padu pada musim depan.

Negeri Sembilan yang bermula garang pada awal permainan yang menguasai 60% separuh masa pertama hampir mendahului melalui hantaran cantik S. Kunanlan tetapi gagal disudahi oleh Idris Karim. Namun Negeri Sembilan akhirnya memecah kebuntuan hasil jaringan penalti yang mudah disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-14. Negeri Sembilan terus menguasai permainan sehingga tamat babak pertama.

Apabila masuk babak kedua, Kelantan yang mula menemui rentak telah mula membuat serangan bertali arus sehinggalah Hairuddin Omar berjaya membuat tandukan cantik yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-57. Stadium Bukit Jalil bergema sekali pada minit ke-65 apabila pemain tengah Muhd Badhri Radzi menggegar gawang Negeri Sembilan hasil umpanan cantik Nurfarhan.

Negeri Sembilan yang agak tertekan apabila pemain kental, Aidil Zafuan mengalami kecederaan kerana diterjah keras oleh Norshahrul Idhlan Talaha terus memberikan tentangan untuk mencari gol penyamaan namun Kelantan berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan.

Walau apa pun keputusan, Abg Grey memuji edisi final kali ini kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan satu permainan yang amat berkualiti tinggi dan para penyokong amat spoting sekali. Tahniah!!!

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 2 1 NEGERI SEMBILAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More