FINAL PIALA MALAYSIA 2010


piala malaysia


Tahniah kepada Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2010 sekaligus muncul pasukan yang ke-14 yang telah memenangi piala tersebut. Walaupun pasukan kesayangan ku iaitu Negeri Sembilan tewas ditangan Kelantan tetapi sokongan ku takkan beralih malah akan tetap memberi sokongan yang lebih padu pada musim depan.

Negeri Sembilan yang bermula garang pada awal permainan yang menguasai 60% separuh masa pertama hampir mendahului melalui hantaran cantik S. Kunanlan tetapi gagal disudahi oleh Idris Karim. Namun Negeri Sembilan akhirnya memecah kebuntuan hasil jaringan penalti yang mudah disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-14. Negeri Sembilan terus menguasai permainan sehingga tamat babak pertama.

Apabila masuk babak kedua, Kelantan yang mula menemui rentak telah mula membuat serangan bertali arus sehinggalah Hairuddin Omar berjaya membuat tandukan cantik yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-57. Stadium Bukit Jalil bergema sekali pada minit ke-65 apabila pemain tengah Muhd Badhri Radzi menggegar gawang Negeri Sembilan hasil umpanan cantik Nurfarhan.

Negeri Sembilan yang agak tertekan apabila pemain kental, Aidil Zafuan mengalami kecederaan kerana diterjah keras oleh Norshahrul Idhlan Talaha terus memberikan tentangan untuk mencari gol penyamaan namun Kelantan berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan.

Walau apa pun keputusan, Abg Grey memuji edisi final kali ini kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan satu permainan yang amat berkualiti tinggi dan para penyokong amat spoting sekali. Tahniah!!!

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 2 1 NEGERI SEMBILAN

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More