MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

JEPUN MENJUARAI PIALA ASIA 2011



Pasukan Jepun atau 'Blue Samurai' telah menjuarai Piala Asia 2011 setelah menewaskan hos Piala Asia 2015 iaitu Australia 1-0 di Doha, Qatar malam tadi.

Dengan aksi menarik yang telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan, namun masih gagal memecah kebuntuan dalam tempoh 90 minit. Namun, Jepun telah berjaya memecah kebuntuan dalam masa tambahan menerusi jaringan cantik Tadanari Lee pada minit ke-108 sekaligus menjadi gol kemenangan pada perlawanan tersebut.

TONTON NGANGKUNG ONLINE


Sinopsis cerita

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

ANA RAFFALI MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU KE-25

Tahniah kepada Ana Raffali kerana memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Bagi Abg Grey lagu ini sememangnya layak kerana susunan dan melodi lagu ini sungguh menarik sekali. Malah ia dicipta sepenuhnya oleh beliau. Cuma yang sedihnya, ramai pihak yang mempertikaikan kemenangan lagu ini walaupun juri-juri terdiri daripada M. Nasir dan Lim Swee Tim.


Kepada pihak yang berkenaan, janganlah pertikaikan keputusan para-para juri yang hebat ini. Kepada yang gagal, jangan putus asa. Cuba lagi tahun depan.



Keputusan Penuh AJL 25

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010

Akhirnya.......
Penantian selama 14 tahun kini telah berakhir. Buat julung kalinya skuad negara yang digelar HARIMAU MALAYA ini telah menjuarai piala yang paling berprestij di Asia Tenggara ini iaitu PIALA AFF SUZUKI sekaligus menjadi pasukan terkuat di rantau Asia Tenggara.




Sesungguhnya, tahun 2010 adalah tahun yang paling buat skuad bolasepak negara setelah layak ke pusingan ke-2 dalam kejohanan Sukan Asia di Guongzhou, China.

Banyak yang diperkatakan tentang skuad ini setelah diterajui oleh seorang jurulatih yang mempunyai sentuhan 'magis' iaitu K. Rajagopal kerana peningkatan mendadak skuad ini. Sehinggakan Stadium Nasional Bukit Jalil pada suatu masa dahulu sunyi, tetapi kini penuh di semua sudut stadium itu.

Tahniah kepada penyerang, Mohd Safee Sali yang telah memenangi anugerah 'kasut emas' kerana telah menjadi penjaring terbanyak dalam edisi kali ini sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai penyerang paling berbisa di rantau ini. Malah beliau kini menjadi rebutan oleh beberapa kelab dari Indonesia dan Vietnam untuk beraksi dalam skuad tersebut.

Semoga skuad ini terus mengharumkan nama negara dalam arean bolasepak dan mampu mengalahkan pasukan gergasi Asia seperti Jepun dan Korea. Harap skuad ini terus maju. Malaysia Boleh!

Berikut adalah tayangan perlawanan antara Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More