MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010

Akhirnya.......
Penantian selama 14 tahun kini telah berakhir. Buat julung kalinya skuad negara yang digelar HARIMAU MALAYA ini telah menjuarai piala yang paling berprestij di Asia Tenggara ini iaitu PIALA AFF SUZUKI sekaligus menjadi pasukan terkuat di rantau Asia Tenggara.




Sesungguhnya, tahun 2010 adalah tahun yang paling buat skuad bolasepak negara setelah layak ke pusingan ke-2 dalam kejohanan Sukan Asia di Guongzhou, China.

Banyak yang diperkatakan tentang skuad ini setelah diterajui oleh seorang jurulatih yang mempunyai sentuhan 'magis' iaitu K. Rajagopal kerana peningkatan mendadak skuad ini. Sehinggakan Stadium Nasional Bukit Jalil pada suatu masa dahulu sunyi, tetapi kini penuh di semua sudut stadium itu.

Tahniah kepada penyerang, Mohd Safee Sali yang telah memenangi anugerah 'kasut emas' kerana telah menjadi penjaring terbanyak dalam edisi kali ini sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai penyerang paling berbisa di rantau ini. Malah beliau kini menjadi rebutan oleh beberapa kelab dari Indonesia dan Vietnam untuk beraksi dalam skuad tersebut.

Semoga skuad ini terus mengharumkan nama negara dalam arean bolasepak dan mampu mengalahkan pasukan gergasi Asia seperti Jepun dan Korea. Harap skuad ini terus maju. Malaysia Boleh!

Berikut adalah tayangan perlawanan antara Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More