SAFEE SALI BERAKSI UNTUK PELITA JAYA FC

Akhirnya penyerang pasukan kebangsaan dan Selangor sah untuk beraksi di Liga Super Indonesia dengan menyarung jersi pasukan Pelita Jaya FC yang sebelum ini diwar-warkan beraksi untuk pasukan Persib Bandung FC.

Namun, apa sahaja pilihannya beliau tetap mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang akan beraksi dalama liga negara jiran itu. Sebelum ini, nama Safee Sali menjadi sebutan ramai pihak setelah beraksi cemerlang pada kejohanan Piala AFF Suzuki dengan menjaringkan 5 gol sekaligus memenangi piala Kasut Emas selaku penjaring terbanyak. Malah beliau menjadi rebutan banyak kelab dari Indonesia dan Vietnam namun beliau telah memilih Pelita Jaya sebagai destinasi untuk mengembangkan karier bolasepaknya.


Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita Jaya.

Sumber: Utusan Malaysia

5 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More