MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

SOKONG EARTH HOUR 2011 PLEASE.....


Sebentar saje lagi lebih 4,616 bandaraya di 128 negara akan menyertai sebuah kempen yang cukup murni iaitu, Earth Hour. Kempen ini merupakan kempen yang diwujudkan oleh WWF dengan menutup lampu bagi mengurangkan penggunaan elektrik di seluruh bandaraya2 yang terlibat. Ia akan pada 26 Mac 2011 (hari ini) bermula pada selama 1jam dari pukul 830pm - 930pm. Ia telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009.

Kempen ini diadakan bagi kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin meningkat. Walaupun ia dilakukan dalam tempoh 1jam saje, namun ia telah banyak membantu mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus ia dan mengurangkan penggunaan karbon untuk penjanaan elektrik. Contohnya kotaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1,423 megawatt sekaligus mengurangkan penggunaan karbon sebanyak 894 tan pada kempen 2009. Kali ini mereka mensasarkan pengurangan sebanyak 1,620 megawatt dan 1,003 tan karbon. Sumber dari Bangkok Post.

Aku harap2 KL dapat mencapai lebih baik daripada apa yang dicapai oleh Bangkok. So, jom ramai2 tutup lampu. Nak on9 pun guna bateri je. Jangan cas. Selamat bergelap selama 1jam. Kat JB siap ada konsert Aizat lagi sempena kempen ni. Tolong sokong kempen ni ye..

Go Earth Hour!!!

PERTARUNGAN HEBAT DI WWE WRESTLEMANIA 27


Lokasi : Georgia Dome, Atlanta
Tarikh : 04 April 2011
Masa : 8am (Waktu Malaysia)
Siaran : Astro Box Office

Berikut adalah senarai pertarungan yang membabitkan bintang2 gusti dari WWE samada yang baru atau yang lama. Apa yang pasti dengan kembalinya bintang2 seperti The Rock selaku hos, Stone Cold Steve Austin sebagai "special refree", Undertaker dan Triple H serta Kevin Nash pasti menjanjikan acara tersebut bakal menyajikan aksi sengit dan hebat serta menjadi edisi terbaik dari WWE!!




The Miz vs. John Cena (Kejuaraan WWE)

Undertaker vs. HHH

Edge vs. Alberto Del Rio (Kejuaraan Dunia)

C.M. Punk vs. Randy Orton

John Morrison & Trish Stratus & Snooki vs. Dolph Ziggler & Layla & Michelle McCool
Wade Barrett & Ezekiel Jackson & Heath Slater & Justin Gabriel vs. Big Show & Kane & Kofi Kingston & Christian

Rey Mysterio vs. Cody Rhodes

Jerry Lawler vs. Michael Cole (jack Swagger in Cole’s corner and Steve Austin sebagai "special referee")

Daniel Bryan vs. Sheamus (Gail Kim in Bryan’s corner and the Bellas in Sheamus’ corner)

WWE Divas Match

CUBAAN BUNUH DIRI DI KB MALL


Apa la nak jadi dunia sekarang ni? Da banyak sangat kes cubaan bunuh diri ni. Apa yang korang dapat dgn buat begitu? Korang tak fikir ke roh korang takkan di terima langit dan bumi. Da la akan di cop sbg kafir. Da tentu masuk neraka jahanam secara ekspres.

Setiap masalah, boleh diselesaikan dengan cara berhemah dan bijaksana. Kan masing2 dianugerahkan akal dan fikiran. So, korang boleh fikir secara rasional.

Baru2 ni, kes di KB Mall. Ni kisah sorang gadis yang cuba membunuh diri dari tingkat atas kompleks tersebut. Namun dengan kecekapan anggota bomba, terselamatlah gadis tersebut dari maut atau cedera parah.

Video pada kejadian tersebut:

HOSNI MUBARAK KEDUA TERKAYA DI DUNIA???


Jika benar harta kekayaan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak mencecah USD 70 Billion, maka beliau lebih layak manusia kedua terkaya di dunia.

"Kami di Forbes tidak mengambil tahu berapa jumlah kekayaan Mubarak. Tetapi tidak mungkin mencecah USD 70 billion seperti yang dihebahkan," demikian kata salah seorang pengarah senior Forbes yang turut menyusun atur senarai manusia terkaya tahun 2011, Kerry Dolan.

Jika benar Mubarak kaya sedemikian, maka ia akan berada di posisi kedua, di bawah Carlos Slim Helu dari Mexico yang jumlah kekayaannya mencapai USD74 billion. Sedangkan Bill Gates, saat ini berada di posisi kedua dengan kekayaan USD56 billion.

“Mungkinkan Mubarak lebih kaya berbanding Carlos Slim? Saya meraguinya,” nafi Dolan. Mubarak digulingkan rakyatnya pada 11 Februari lalu, setelah tunjuk perasaan besar-besaran di Mesir. Daftar Orang Terkaya Dunia 2011 milik Forbes dimulakan kemarin.

KISAH CIKGU SHIDA


Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Shida? Al-maklumlah, beliau merupakan cikgu yang paling glamor di Malaysia.. Banyak jgk kisah beliau terpampang di blog-blog dan di Youtube. Maka tak heran la kalau HOT FM menjemput beliau sebagai tetamu jemputan di HOT FM KREW pagi tadi.

Beliau sangat-sangat kelakar dan malu untuk menunjukkan bakat nyanyian beliau di Youtube dengan penuh ke"slumber"an.



Nantikan "Panggilan Hangit" dari Cikgu Shida pada hari isnin ni di HOT FM KREW. Mungkin sekarang ni, da ramai reporter-reporter tengah mencari beliau untuk menghiasi majalah-majalah mereka.



Jadi, kalau korang nak jadi mcm beliau, jangan la segan dan silu untuk tunjukkan bakat korang walaupun nyanyian korang sumbang sumbing tu youtube ye.. Hahahahaha...

Ni FB Cikgu Shida: CIKGU SHIDA

Pesanan untuk pengutuk-pengutuk Cikgu Shida:

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON ALL ENGLAND 2011


Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain no 1 dunia Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menewaskan seteru utamanya iaitu Lin Dan yang juga pemain no 3 dunia dari China pada final kejohanan badminton yang paling berprestij iaitu All England dengan "straight set" 21-17 , 21-17 dalam masa 52 minit. Ia sekaligus dapat mempertahankan kejuaraan tersebut yang telah dimenanginya pada tahun 2010. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan yang ke-6 beliau terhadap Lin Dan dalam 23 pertemuan.

Walaupun beregu harapan kita iaitu Koo Kin Keat-Tan Boon Heong kecundang pada aksi sebelumnya, namun dengan kemenangan beliau dapat mengubati segala kekecewaaan itu.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan All England:

TSUNAMI DI JEPUN!!!! (11 MARCH 2011)

Tsunami melanda Jepun sekali lagi!!! Kali ini gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter dan disusuli ombak setinggi 10 meter menghancurkan sebahagian besar Bandar Onahama dan sekitarnya. Lebih 60 orang yang telah dilaporkan terbunuh  dan masih ramai lagi mangsa yang hilang akibat dihanyutkan oleh ombak tersebut.





Perkhidmatan keretapi terhenti selama beberapa jam di Tokyo dengan barisan panjang pengguna di hentian teksi berikutan bekalan elektrik terputus di sesetengah wilayah seperti Chiba dan Ibraki.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.











 Laporan media asing berkata, gegaran gempa bumi yang kuat melanda Jepun dan menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo selama beberapa minit dan memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka.







 Laporan awal melaporkan satu gegaran dengan magnitud 7.9 tetapi ditingkatkan kepada magnitud 8.8, yang melanda negara itu kira-kira 400km dari Tokyo.



KLIP VIDEO & LIRIK LAGU THE TIME (BLACK EYED PEAS)




THE TIME (DIRTY BIT)

I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you!
Oh, I have the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you!

Dirty bit!
Dirty bit!

I came up in here to rock
Light a fire, make it hot
I don't wanna take no pictures
I just wanna take some shots!
So come on, let's go!
Let's lose control!
Let's do it all night!Until we can do it no more!

Keep on rocking to the sound
Turn it up and watch it pound
We gon' rock it to the top,
Until the roof come burnin' down
Get hot in here
The temperature
Has got these ladies
Getting freakier

I got freaky, freaky, baby
I was chilling with my ladies
I didn't come to get boogie
I came here to get crazy!
I was born to get wild!
That's my style!
If you didn't know that,
Well, baby, now you know now

Cause I'm
Havin'!
A good time!
With you!
I'm tellin' you!

Chorus: (x1)
Dirty bit!
Dirty bit!

All these girls they like my swagger
They call me Mick Jagger
I've been rolling like a stone
Jet-setter, jet-lagger
We ain't messin' with no maggots
Messing with the baddest
Chicks in the club,
Honey, what's up?

Mirror, mirror on the wall
Who's the baddest of them all?
It's gotta be the Apl
I'm the mac daddy, y'all
Haters better step back!
Ladies download your app
I'm the party application,
Rock it just like that!

This is international
Big mega radio smasher!
Cause I'm
Havin'!
A good time with you, I'm telling you!

Chorus: (x4)
Dirty bit!

SAFEE SALI MENGGEGARKAN STADIUM SINGAPERBANGSA KRAWANG, PELITA JAYA

Sekalung tahniah diucapkan kepada penyerang prolifik negara, Safee Sali kerana telah menjaringkan gol buat pasukan barunya iaitu Pelita Jaya. Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-62 hasil kesilapan pertahanan Sriwijaya yang telah dimanfaat sepenuhnya oleh beliau. Ia secara tidak langsung membantu Pelita Jaya membalas dendam terhadap kekalahan kepada pasukan yang sama menerusi 2-1 pada pusingan pertama Liga Super Indonesia (ISL). Sekaligus, telah melonjakkan nama Safee Sali sebagai penyerang yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lain dan telah membuka banyak mata khususnya kelab-kelab ISL untuk membawa lebih ramai pemain-pemain Malaysia beraksi di ISL. Syabas Safee!!! Malaysia Boleh!!!

SAKSIKAN AKSI SAFEE SALI BERSAMA PELITA JAYA FC SECARA LIVE


Sebut sahaja nama Safee Sali, semua rakyat Malaysia dah tau sebab beliau telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Bahkan, sekarang ini beliau telah menjadi sebutan rakyat Indonesia kerana telah menyarung jersi pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC.

Kali ini, Abg Grey ingin memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melihat sendiri aksi Safee Sali bersama Pelita Jaya FC buat kali pertama menerusi saluran ANTV di blog ini. Ingat tau, hanya di blog ini.

Berikut adalah antara jadual perlawanan yang melibatkan aksi beliau:

PELITA JAYA VS SRIWIJAYA FC (live di MASYUKMAUN™ - 5 Mac 2011 jam 15.30 wib)
PELITA JAYA VS PERSIB (live di MASYUKMAUN™ - 12 Mac 2011 19.00 wib)

*Nak dapatkan waktu Malaysia, korang convert sendiri la ye..

Siaran Live ANTV di MASYUKMAUN™






ANTV

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA BAKAL MENGGEGAR???


Industri perfileman tempatan bakal melakar satu lagi sejarah baru apabila filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) bakal ditayangkan di 72 negara melalui syarikat pengedaran perfileman terkenal, Epic Pictures yang berpangkalan di Los Angeles, California.

Antara negara yang bakal menayangkan HMM dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines itu adalah Amerika Syarikat, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia.

Malah, kebanyakan peminat industri perfileman tempatan teruja untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan filem epik pertama dan juga filem kelapan terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu.

Seperti yang diketahui, pembikinan filem yang diadaptasi daripada prosa Hikayat Merong Mahawangsa meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk disiapkan, sebaliknya ia memakan masa lebih daripada dua tahun untuk disiapkan.

Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Manakala pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun.

Filem yang bakal menggunakan 70 peratus Bahasa Inggeris dan 30 peratus Bahasa Melayu klasik akan menunjukkan kehebatan empayar Melayu kurun ke-2 di Tanah Melayu.

Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

Dianggarkan 3,000 shot menggunakan teknik CGI.

Sinopsis

Pada tahun 120 sebelum Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han sebuah empayar yang kuat dengan memperluaskan pemerintahannya sehingga ke Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza.

Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang Geruda. Apakah kesudahannya??? Saksikannya di pawagam seluruh negara pada 10 Mac ini.




Sumber: Sinar Harian

ARTIS YANG PERNAH DITEMUI MELALUI FB

Pada zaman teknologi ni, ramai artis-artis kita menggunakan laman sosial seperti FB atau Tweeter untuk memberitahu aktiviti-aktiviti terkini mereka dan berhubung dengan peminat-peminat mereka. Mungkin korang pernah tertanya-tanya, ada ke artis yang nak berkawan dgn dengan kita? Lebih-lebih lagi berkawan melalui laman sosial. Memang sesuatu yang pelik kalau kita dapat mengenali mereka dengan rapat melalui laman sosial ni. Maklumlah, sekarang ni banyak sangat penyamaran yang berlaku. Contohnya, seperti yang berlaku ke atas Haliza Misbun apabila ada seorang peminat menggunakan gambarnya dan mengaku itulah Haliza Misbun. Padahal, Haliza Misbun tiada akaun FB. Macam-macam boleh berlaku pada zaman sekarang ni.

Pada Abg Grey, ada juga artis yang boleh kita kenali melalui laman sosial ini. Abg Grey pernah berchatting dan mendapat nombor fon beberapa artis melalui FB. Abg Grey akan menyatakan 2 orang artis je yang pernah dikenali dan ditemui melalui FB. Artis yang tak boleh dipaparkan kerana belum mendapat keizinan daripada mereka. Bila dah mendapat keizinan mereka nanti, InsyaAllah Abg Grey akan update balik ye.

Nurul AF 2


Tel: 016-72****89
Fb: Nurullah Abdul Hamid

Fauziah Gambus


Tel: 019-80****43
Fb: Fauziah Gambus

*Sory la ye.. No fon diorang tak boleh bagi. Kalau korang nak menggunakan khidmat persembahan artis untuk apa-apa majlis, korang boleh contact terus dengan Abg Grey di emel: masyukmaun@gmail.com.

KISAH ADIK-ADIK ANGKAT KU...

Abg grey ada 5 org adik angkat. Macam-macam karenah diorang ni. yang bestnya, diorang ni comel-comel dan manja-manja. Bila ada masalah je, gerenti diorang cari Abg Grey. Maklumlah, Abg Grey ni je abg diorang yang ada. Gf Abg Grey pun dah jadi akak diorang. Maklumlah, diorang xde kakak. So, gf Abg Grey lah jadi kakak diorang. Bila Abg Grey ada masalah atau tension, Abg Grey akan call diorang ni. Terus Sejuk je hati ni. Mmmmmm.. Best kan ada adik angkat ni..

Berikut adalah gambar, biodata dan fb diorang:

1. Adik Min

Asal: Kuala Lumpur
Umur: 24 tahun
Tel: 017-63***50
Fb: Mynn Sani

2. Adik Bucuk

Asal: Kuala Lumpur
Umur: 24 tahun
Tel: 013-27***79
Fb: Fieza Ismail

3. Adik Comel



Asal: Perak
Umur: 21 tahun
Tel: 013-41***92
Fb: Nurul Yusnida

4. Adik Manja

Asal: Pahang
Umur: 22 tahun
Tel: 019-20***01
Fb: Sagitt Sfms

5. Adik Cayang


Asal: Kelantan
Umur: 20 tahun
Tel: 019-99***10
Fb: Reva Lina Fetemotz

*Sory la ye.. No fon tak boleh nak bagi korang. Nanti habis korang kacau. Hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More