SOKONG EARTH HOUR 2011 PLEASE.....


Sebentar saje lagi lebih 4,616 bandaraya di 128 negara akan menyertai sebuah kempen yang cukup murni iaitu, Earth Hour. Kempen ini merupakan kempen yang diwujudkan oleh WWF dengan menutup lampu bagi mengurangkan penggunaan elektrik di seluruh bandaraya2 yang terlibat. Ia akan pada 26 Mac 2011 (hari ini) bermula pada selama 1jam dari pukul 830pm - 930pm. Ia telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009.

Kempen ini diadakan bagi kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin meningkat. Walaupun ia dilakukan dalam tempoh 1jam saje, namun ia telah banyak membantu mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus ia dan mengurangkan penggunaan karbon untuk penjanaan elektrik. Contohnya kotaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1,423 megawatt sekaligus mengurangkan penggunaan karbon sebanyak 894 tan pada kempen 2009. Kali ini mereka mensasarkan pengurangan sebanyak 1,620 megawatt dan 1,003 tan karbon. Sumber dari Bangkok Post.

Aku harap2 KL dapat mencapai lebih baik daripada apa yang dicapai oleh Bangkok. So, jom ramai2 tutup lampu. Nak on9 pun guna bateri je. Jangan cas. Selamat bergelap selama 1jam. Kat JB siap ada konsert Aizat lagi sempena kempen ni. Tolong sokong kempen ni ye..

Go Earth Hour!!!

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More