TSUNAMI DI JEPUN!!!! (11 MARCH 2011)

Tsunami melanda Jepun sekali lagi!!! Kali ini gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter dan disusuli ombak setinggi 10 meter menghancurkan sebahagian besar Bandar Onahama dan sekitarnya. Lebih 60 orang yang telah dilaporkan terbunuh  dan masih ramai lagi mangsa yang hilang akibat dihanyutkan oleh ombak tersebut.





Perkhidmatan keretapi terhenti selama beberapa jam di Tokyo dengan barisan panjang pengguna di hentian teksi berikutan bekalan elektrik terputus di sesetengah wilayah seperti Chiba dan Ibraki.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.











 Laporan media asing berkata, gegaran gempa bumi yang kuat melanda Jepun dan menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo selama beberapa minit dan memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka.







 Laporan awal melaporkan satu gegaran dengan magnitud 7.9 tetapi ditingkatkan kepada magnitud 8.8, yang melanda negara itu kira-kira 400km dari Tokyo.



0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More