AMY SEARCH DIISYTIHAR SEBAGAI PENGETUA AF9


Sejak sekian berbulan-bulan lamanya, pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang akan menjadi pengetua Akademi Fantasia (AF) untuk edisi yang terakhir akhirnya terjawab dengan perlantikan Amy Search malam tadi di Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 di perkarangan pusat membeli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Dengan perlantikan ini sekaligus menafikan pelbagai spekulasi termasuklah perlantikan penyanyi tersohor Indonesia iaitu Ahmad Dhani dari Kumpulan Dewa yang amat memusykilkan kita.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengacara sensasi, Aznil Hj Nawawi dengan persembahan oleh Amy Search menerusi lagu Pawana yang amat menghiburkan.

Kelincahan dan kepetahan Aznil atau Paknil tidak mengecewakan walaupun sudah empat tahun menyepi dari mengendalikan program realiti tersebut..

Dalam konsert tersebut juga menyajikan persembahan daripada bekas-bekas juara AF seperti Hafiz AF7, Shahir AF8, Stacy AF6, Zahid AF2 dan juga Mawi AF3 serta pelajar-pelajar AF9.

Semoga AF9 akan menjadi edisi yang paling mantap dengan gabungan Aznil dan Amy selaku pengetua.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More