KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010

Seperti yang dijangka, Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepanjang tahun 2010 dengan mendapat sebanyak 121,168 undian. Kemenangan beliau tidak boleh dinafikan lagi kerana filem lakonan beliau seperti Adnan Sempit dan Ngangkung mendapat sambutan luarbiasa daripada penonton. Keputusan2 lain yang diumumkan menepati ramalan banyak pihak. Kecuali kemenangan Fasha Sandha boleh dipertikaikan kerana Tiz Zaqyah lebih layak memenanginya. Walau apapun, keputusan adalah muktamad.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tersebut diadakan di Arena of Stars, Genting Highland bermula jam 9:00 malam yang dipancarkan secara langsung di TV3 dan radio rasmi HOT FM. Persembahan artis2 undangan tidak mengecewakan dan amat menghiburkan. Pengacara seperti Kak Engku, Sharifah Shahira dan Zizan pula ok2 saje dan banyak perlu diperbaiki lagi. Tidak banyak kontroversi yang dicetuskan untuk edisi kali ini. Cuma kita perlu ambil iktibar daripada kata2 Paknil iaitu ABPBH bukan tempat untuk "promote" sponsor pakaian artis2. Betulkan apa yg dia kata? Tahniah kepada yang menang. Kepada yang kalah, janganlah rasa kecewa. Cuba lagi ye.


Keputusan penuh ABPBH 2010:

Artis Berkumpulan/Duo popular: Sixth Sense

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah

Artis Nasyid Popular: Rabbani

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Haji Nawawi

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Rosnani Jamil

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani


Anugerah Artis Mobile Popular: Sixth Sense

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali

Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More