BENARKAH INI ADALAH WAJAH OSAMA BIN LADEN YANG TELAH DIBUNUH?

Benarkah ini wajah ketua kepada sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Al-Qaeda yang sebelum ini telah dicop oleh Amerika dan sekutunya sebagai pengganas iaitu Osama Bin Laden? Kalau benarlah berita tentang kematiannya dibuktikan melalui gambar ini, memang ada logiknya.

Tetapi, menurut sumber jenazah beliau telah dibawa ke Amerika Syarikat untuk dibedah siasat dan seterusnya dibuang ke dalam laut (tidak dikebumikan). Dalam beberapa blog pun ada menyatakan demikian.

Persoalannnya, kalau benar Osama telah meninggal dunia, kenapa jenazahnya tidak disemadikan? Adakah ini satu taktik penipuan oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutunya bagi menutup malu setelah gagal mencarinya dalam tempoh 10 tahun? Kalau itu yang berlaku, maka habislah semua bukti yang berkaitan beliau.

Inilah wajah yang dikatakan beliau yang telah terkorban pada dalam satu serbuan di Pakistan yang telah dilakukan oleh pihak tentera Amerika Syarkat dan sekutu pada 1 Mei lalu.


*Sumber gambar dari Pitts Report

1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More