HARIMAU MALAYA.. TERUSKAN PERJUANGANMU!!!

Apabila aku melihat sendiri kebanjiran semula penyokong telah lama 'menghilang' pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia pusingan kedua di Stadium Nasional Bkt Jalil dengan jumlah melebihi 90,000 penyokong, aku dapat rasakan kebangkitan semula kepercayaan peminat bolasepak tanahair terhadap skuad negara yang selama ini asyik dicemuh, dicaci dan dihina akibat prestasi buruk pada era kejatuhannya. Tapi, kali ni aku sendiri pun pelik. Walaupun skuad Datuk K. Rajagobal tewas 3-5 kepada Singapura pada pusingan pertama di Stadium Jalan Besar, namun ia tak menghalang penyokong Harimau Malaya memenuhi segenap ruang di stadium. Sampai aku sendiri pun kena berdiri 90 minit kerana tempat duduk penuh sejak awal petang. Ada seperkara lagi, penyokong dikalangan wanita telah mula ramai ke stadium dengan sebilangan besar penyokong adalah wanita.


Tapi semangat Harimau Malaya punya pasal, aku sanggup buat apa saje. Asalkan aku dpt tgk bola. tu pun dah buat aku puas.. Walaupun keputusan malam tersebut tak memihak kepada kita akibat seri 1-1, aku harap sangat Bkt Jalil akan sentiasa penuh pada masa akan dtg. Percayalah, skuad ini ada peningkatan dari segi kualiti. Berilah masa 2-3 tahun lagi utk menampakkan hasilnya. Asalkan pemain2 ini diberi pendedahan yg sewajarnya.. Syabas Harimau Malaya!! Teruskan perjuangan!! Aku sentiasa menyokong dibelakang mu..

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More