KISAH HUKUM HUDUD ACUAN PAS


Hukum Hudud sememangnya dituntut oleh Islam menurut hukum syarak. Tetapi bagaimana pula dengan Hudud acuan PAS yang ingin dijalankan di negeri Kelantan seperti kenyataan Menteri Besarnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat batu2 ini? Bukan mudah untuk merealisasikannya. Apatah lagi di negara ini yang mempunyai bangsa berbilang kaum. Mungkin bercakap memang senang. Tetapi bila melaksanakannya, takut2 kalau ia akan jadi bercelaru .

Contohnya, kalau orang melayu mencuri dirumah orang cina. Diperlukan pula saksi yang bercakap benar. Andaikata tiada saksi waktu itu, maka terlepaslah kes itu begitu sahaja walaupun orang melayu tu benar2 mencuri. Tak ke kita telah menganiaya orang cina tu? Masa itulah bangsa bukan Islam akan menghentam agama Islam. Bukan hukum Hudud yang dijalankan itu.

Sebab itulah bekas mufti Perlis, Dr. Asri, berkata Kelantan belum boleh melaksanakan Hudud di negeri itu sebab Kelantan belum cukup kondusif.

Aku rasa Hudud belum sesuai lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Tetapi mungkin kita boleh jatuhkan hukuman seperti Hudud bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah. Contohnya, jika seseorang yang didapati bersalah kerana mencuri. Nilai kecurian bernilai RM 50,000 dan ke atas boleh dihukum potong tangan kerana kesalahan tersebut boleh dianggap terlalu berat. Jika nilai kecurian bernilai antara RM10, 000 ke RM49,999 bolehlah dihukum penjara.

Mengikut cara siasatannya pula, kalau mengikut cara Hudud dah tentulah kena sediakan 4 orang saksi oleh pihak pendakwa. Tetapi di negara ini, ia masih dianggap tidak relevan kerana kebanyakan pesalah begitu bijak memanipulasikan bukti siasatan dengan mengupah peguam yang bijak memutarbelit bukti siasatan tersebut. Lebih baik guna cara DNA yang boleh dianggap lebih berkesan dalam siasatan.

So, kepada penyokong PAS yang menyokong cadangan Mursyidul Am PAS tersebut, kenalah teliti betul2 dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Ia boleh dilaksakan di negara ini, cuma ia perlu diteliti sedalam2nya sebelum melaksanakannya. Bukan main cakap je. Pemimpin UMNO sendiri pun tak tolak Hudud. Cuma mereka perlu menelitinya dulu.

Nik Aziz ada memberitahu Tun Dr. Mahathir adalah orang menghalang pelaksanaan Hudud di Kelantan dan bukan sekutunya iaitu Pengerusi DAP Karpal Singh. Baru2 ni dalam sidang media yang telah diadakan oleh Karpal Singh, beliau menyatakan amat tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS itu. Beliau siap bercakap "Nik Aziz seorang tua yang perlukan perhatian". Apa maknanya tu? Lu pikirlah sendiri. Sekarang dah PM lain. So, buktikanlah Hudud boleh dilaksanakan dengan sempurna atau tidak? Jangan cakap je.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More