MAMAN OOO MAMAN...

Kalau Kajang terkenal dengan satenya. Temerloh pulak terkenal dengan ikan patinnya. Begitulah jgk dengan kampung kelahiranku, Gemencheh yang begitu dengan sinonim Gulai Maman. Sebut je Gulai Maman, mesti orang sebut Gemencheh. Sebut je Gemencheh, mesti orang sebut Gulai Maman. Lebih2 lagi bila time Hari Raya. Boleh dikatakan semua rumah ada menyediakan gulai tersebut untuk tetamu yg datang. Rumah aku pun x terkecuali. Time tu la harga pucuk maman melambung tinggi. Sehingga harganya meningkat kepada RM10 seikat berikutan permintaan yg amat tinggi time tu. Sudah menjadi tradisi orang disini.

Rasanya sangat sedap kalau betul2 kena cara memasaknya. Kalau silap caranya memasaknya, alamat pahit gile la gulai tu sampai ayam pun akan rasa pahit sebab pucuk maman ni memang betul2 pahit. So, kalau nak rasa gulai ni, kena la datang beraya kat Gemencheh sebab kat sini je yang ada gulai yang amat istimewa ini.

Sampaikan kawan2 aku sanggup datang dari jauh dan mengadap jalan jem ke Gemencheh semata-mata nak merasa gulai ni. Ada jugak yg minta tapau tanpa segan silu. Sememangnya mak aku adalah salah sorang yg expert dalam hal Gulai Maman ni. Cayalah omak den!

Pucuk maman

Ramuannya cukup mudah je. Cuma memerlukan ayam, maman, santan pekat, kunyit segar, cili padi, asam keping, dan garam secukupnya. Boleh guna ayam telur(ayam pencen), ayam daging atau ayam kampung. Terpulang kepada selera masing2. Kalau nak masak guna ayam telur, kena rendam sampai empuk. Kalau tak, ayam tu keras macam kayu la nanti. Lagi satu, santan kena pekat dan cukup asam keping. Barulah betul2 kick gulai tu nanti. Sekarang, boleh cuba ye!!

Ni lah rupanya bila Gulai Maman da masak




1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More