MAT SABU DAH NYANYUK???

Apa dah jadi dengan pemimpin no 2 PAS ni? Bila dah kena hentam dek kerana satu kenyataan beliau yang menyatakan bahawa Mat Indera dan Parti Komunis Malaya yang menyerang Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah Hero sebenar orang Melayu dalam satu ceramah di Bukit Jelutong pada 21 Ogos 2011.



Semasa di wawancara oleh akhbar Sinar Harian, beliau menafikan pulak dengan menyatakan bahawa beliau lupa apa yang telah diperkatakan olehnya dalam ceramah tersebut. Mana satu yang betul ni? Dah nyanyuk ke dia tu? Aku pun pelik, mcm mana Dewan Muktamar boleh pilih dia sebagai Timbalan Presiden PAS? Kalau dia jadi Presiden PAS, aku pasti akan hancur lebur parti ni dek "kenyanyukan" dia tu.

Macamana nak mentadbir negara kalau ada pemimpin yang teruk seperti ni? Dah lah taknak mintak maaf sebab kalau dia mintak maaf, maka dia sememangnya mengaku fakta tu salah. Nak taknak, dia kena bersikap "ego" lah dalam hal ni. Penyokong dah "tersokong" dia pun terpaksa "mengiyakan/mengangguk" je apa yang Mat Sabu ni buat walaupun mereka tau fakta tu salah sama sekali. Ramai yang sedia maklum, penyokong PAS ni pun ramai yang dah nyanyuk dan tak "educated". Sebab tu lah mereka mudah sangat diperkotak-katikkan oleh pemimpin mereka yang nyanyuk dengan fakta yang tak "educated" tu.

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos),” kata Mat Sabu kepada akhbar Sinar Harian.


Aku sarankan lebih baik Mat Sabu letak jawatan cepat2 sebelum para penyokong yang "educated" beralih arah kepada parti yang lebih "educated" daripada PAS iaitu Barisan Nasional. Kalau tak nak berbuat demikian, lebih baik jadi "Mat Sabun" je la. Sekarang ni pun sekutu beliau iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta dia tarik balik kenyataan dia yang tak "educated" tu.

1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More