MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011


Game yang amat menarik yang telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan malam tadi boleh menunjukkan bahawa bolasepak tempatan sudah ada peningkatan. Permainan yang rancak dengan aksi saling serang menyerang antara kedua-dua pasukan memang menakjubkan. Tak ubah seperti permainan dalam EPL(walaupun tak sama.. hehehe..). Namun begitu, kemudahan dalam dan luar stadium amat menyedihkan. Sebab itu ramai yang tak setuju perlawanan akhir diadakan di Stadium Shah Alam. Korang bayangkan stadium yang pernah menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia Remaja FIFA pada 2007 tidak diselenggara dengan baik. Tempat duduk kotor, tandas yang amat menjijikkan, tandas tiada air, parking kurang, padang tak berkualiti dan banyak lagi lah masalah kat situ. Malas aku nak cakap. Bagi aku Stadium Paroi jauh lebih baik daripada stadium ini.

Ok, aku terus nak bercerita pasal game malam tadi ni. Gol pendahuluan pasukan Terengganu yang dihasilkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ke-58 boleh membuat hati aku ni berdebar-debar dan gelisah kerana di stadium inilah aku telah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan tumbang 0-2 kepada Perak pada final Piala Malaysia tahun 2000 setelah telah menang semua perlawanan sebelum ini. Sebab tu aku terdiam seketika dan hanya melihat penyokong Terengganu bersorak tak habis2 yang membuatkan aku meluat je.

Namun, kebangkitan pada luarbiasa dalam 10 minit terakhir membuahkan hasil apabila rembatan silang S. Kunanlan pada minit ke-81 menerjah jaring hasil "ehsan" penjaga gol "terbaik" negara masa kini iaitu Sarbinee Alawee. Tak lama selepas tu, pemain terbaik perlawanan iaitu Hairuddin Omar atau Hai-O telah mejaringkan gol kedua yang cantik selepas sepakan guntingnya menerjah disebelah kanan jaring hasil umpanan Shukor Adan pada minit ke-86. Walaupun permainan ditambah 5 minit masa kecederaan, pasukan "Hobin Jang Hobin" berjaya bertahan dengan baik sehingga wisel penamat ditiupkan sekaligus menobatkan Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia edisi 2011. Ini adalah kejuaraan kali ketiga setelah memenanginya pada 1948 (dahulu dikenal sebagai H.M.S Malaya) dan 2009 setelah menewaskan Kelantan 3-1.

Perlawanan ini disiarkan secara langsung di Astro Arena (801), RTM Tv1 dan buat julung kalinya dalam siaran HD serta ulasan dalam bahasa Inggeris di Astro Supersport HD2.






Ada beberapa pemain yang perlu dipanggil oleh Datuk K. Rajagopal untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan yang merosot sejak akhir2 ini. Antaranya adalah:
1. Marzuki Yusof - Pemain "centre defend" yang amat bagus. Kalau Rajagopal tak panggil dia main Malaysia, memang "bengap"lah Rajagopal tu.
2. Manaf Mamat - Boleh mengisi kekosongan di bahagian hadapan yang selama ini hanya bergantung kepada Safee Sali.
3. Qhairul Anwar - Pemain muda yang amat berbakat yang bermain di bahagian pertahanan kanan. Tak gelabah bila pegang bola dan bijak membaca hantaran bola pihak lawan.
4. Hairuddin Omar - Boleh menambah sengat di bahagian serangan.

Pemain yang perlu meningkatkan prestasi:
1. Aidil Zafuan -  Permainan makin merosot. Mudah lepaskan bola kepada pihak lawan. Mudah alpa.
2. Sharbinee Allawee - Selalu buat kesilapan mudah yang akhirnya menghukum pasukan yang diwakilinya.

*p/s: Game oleh kedua-dua pasukan malam tadi memang best. Nanti aku uploap pic aku masa final tu sebab belum transfer pic tu dalam laptop.

TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 MAHAL?


29 Oktober ini pertembungan yang dijangka hebat dalam Final Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan menentang Terengganu jam 8:45 malam. Bahangnya sudah kian terasa. Apatah lagi gerai disana sini sudah mula menjual jersi kerdua-dua pasukan samada original atau tiruan.

Cuma yang tak 'best'nya, harga tiket yang diumumkan oleh FAM semalam iaitu RM50 bagi semua tempat duduk samada tempat duduk biasa atau grandstand. Alasan yang diberikan adalah untuk membasmi ulat tiket. Memang tak logik lah alasan yang diorang bagi. Cuba korang harga tiket tu sama dengan harga ketika Malaysia menentang pasukan Arsenal, Liverpool dan Chelsea.

Aku rasa peminat bolasepak negara dah mula meluat dengan FAM ni. Dah mula ambil kesempatan atas sambutan peminat bolasepak terhadap pasukan tempatan sudah kian meningkat dengan ketara sejak akhir2 ini. Tengok kat 'wall' Facebook N9 Futbol pun cukup lah. Ramai sangat yang kecewa. Termasuklah aku sekali. Penyokong pasukan Terengganu lagi lah hampa. Mereka terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi kerana perjalanan mereka agak jauh ke Shah Alam berbanding dengan penyokong Negeri Sembilan. Ditambah pula dengan harga tiket yang tinggi. Camna stadium nak penuh kalau camni sikap FAM? Langsung taknak hargai kesetian penyokong bolasepak tempatan!

*p/s: Harap2 pasni FAM turunkan sikit harga tiket tu. Kalau boleh harga yang sama macam tahun lepas, RM30 je.

MASIH RELEVAN KE TEBUS TALAK DI ZAMAN MATERIAL INI?

Apakah makna sebenar tebus talak? Bilakah tebus talak boleh digunakan? Sejak bila ia diperaktikkan? Itu semua mengundang persoalan dalam fikiran aku. Setahu aku maksud tebus talak tu adalah suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya walaupun suaminya tak pernah gagal menjalankan tanggungjawab memberi nakfah zahir dan batin. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, Mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu' dan menjadi bain sughra.


Kes tebus talak yang pernah aku dengar sebelum ni melalui cerita kawan2 aku. Biasanya. kes 'cina buta' dimana seorang isteri yang telah dijatuhkan talak 3 yang ingin kembali kepada bekas suami. Maka kaedah ini biasa digunapakai di mahkamah syariah untuk kes tersebut kerana kebiasaannya lelaki yang menjadi 'cina buta' sukar 'melepaskan' isteri yang dikahwininya walaupun perjanjian telah dibuat dengan bekas suami isterinya sebelum itu.

Begitulah yang terjadi kepada kakak kepada penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Siti Nursaidah (Saida AF6) telah bercerai dengan suaminya melalui tebus talak RM 1,000. Tetapi tak pastilah samada bayaran tersebut telah di'sponsor' oleh pihak tertentu atau tidak kerana sebelum ini ada beberapa sumber dari beberapa blog yang menyatakan dia mempunyai teman lelaki iaitu seorang Datuk. Namun perkara itu telah dinafikan oleh beliau sendiri. Tak mengapalah kalau begitu.

Topik sebenar yang aku nak bagitau ni adalah relevankah kaedah tebus talak ini? Bukan apa, yang aku risaukan adalah kaedah ini akan disalahgunakan oleh pihak tertentu lebih2 lagi  bagi orang lelaki kaya yang berkeinginan mengahwini isteri orang. Seperti berita baru2 ini, laporan muka depan Harian Metro mengenai pengakuan seorang wanita dikenali sebagai Normah, 31, telah diberi oleh teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak supaya diceraikan suami sebelum dia  berkahwin dengan teman lelakinya itu. Maknanya, lelaki tersebut seolah-olah telah 'membeli isteri orang' kerana dia telah memberi sejumlah wang supaya wanita tersebut dapat diceraikan dan kemudian dikahwininya. Kalau begitu, lebih banyaklah kes penceraian akan berlaku selepas ini.

Aku harap pihak yang berkaitan terutamanya jabatan agama islam dan mufti2 akan membuat satu mekanisme supaya kejadian 'jijik' begini tak mudah berlaku dan ia harus dipantau agar ia tak merosakkan instistusi kekeluargaan orang islam itu sendiri. Aku rasa, kes sebegini telah banyak berlaku cuma yang diketahui amat sedikit. Bagi aku, cerai tebus talak ni hanya boleh digunapakai bagi kes2 tertentu sahaja. Maknanya kaedah tersebut tak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan oleh pihak mahkamah. Aku harap lepas ni takkan ada la lelaki islam yang menjadikan 'membeli isteri orang' ini sebagai satu trend baru. Nauzubillah....

*Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Jangan kamu masuk meminang pinangan saudara kamu apatah lagi mengambil isteri saudara (seagama) kamu.

MAN UTD KENA BELASAH DI OLD TRAFFORD





Kekalahan memalukan!!!

Itulah yang terjadi kepada juara bertahan EPL, Manchester United yang tumpas 1-6 kepada pasukan jiran Manchester City di Old Trafford malam semalam. Pertahanan yang longgar dan permainan berat sebelah yang disajikan pada perlawanan tersebut. Para pemain United seolah-olah tidak mampu menahan asakan pemain City yang mudah merobek pertahanan mereka yang diketuai Rio Ferdinand.



Kemenangan itu juga bermakna City melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan ke-93.

Kekalahan tersebut meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Red Devils musim ini dan Manchester City terus melebarkan jurang kepada 5 mata.



ALL BLACKS JUARA RAGBI PIALA DUNIA 2011

Pasukan dengan nama jolokan All Blacks iaitu New Zealand menumpaskan Perancis 8-7 pada aksi final ragbi Piala Dunia (RWC) di Eden Park, sebentar tadi. Kedudukan pada babak pertama ialah 5-0

Ini adalah pertembungan buat kali kedua buat kedua-dua pasukan di final  RWC di stadium yang sama. Kali pertama mereka bertembung pada final WRC 1987.

Ketua pasukan All Blacks Richie McCaw menjulang Piala Dunia Ragbi selepas pasukannya ditabalkan sebagai juara untuk edisi 2011

MARCO SIMONCELLI MAUT DI LITAR SEPANG

Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.
Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.
Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Simoncelli tertiarap selepas kepalanya dirempuh oleh 2 penunggang lain.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. - REUTERS

Video nahas tersebut:

NEGERI SEMBILAN BERTEMBUNG DENGAN TERENGGANU DI FINAL PIALA MALAYSIA 2011


Pertembungan yang hebat bakal disaksikan pada Final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011  jam 8:45 malam antara pasukan kesayangan aku iaitu Negeri Sembilan menentang Terengganu.

Negeri Sembilan berjaya mara ke final buat kali ketiga berturut-turut setelah menewaskan pasukan "adik" Terengganu iaitu T-Team 2-1 di Stadium Paroi hasil jaringan Shahruain Abu Samah dan kapten pasukan Shukor Adan. Agregat 6-3.

Juara Piala FA 2011, Terengganu pula mara setelah menumbangkan pasukan "misi 33" iaitu Selangor juga dengan 2-1 hasil jaringan Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin. Agregat 4-1.

RTM Tv1 dan Astro Arena (saluran 801) akan menyiarkan siaran langsung untuk perlawanan hebat itu nanti.

*P/s: Harap2 Negeri Sembilan menang 2-0. Hobin jang hobin!!!

FOTO DAN VIDEO PEMBUNUHAN MUAMAR GADDAFI

Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara awal hari ini menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada Ogos lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan penentang Gaddafi(pihak pemberontak).

Pemberontakan di Libya bermula sejak Februari lalu setelah mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Yemen.

Mayat Gaddafi dibedah siasat di sebuah hospital


Ia bermula dengan tunjuk perasaan bagi mendesak diadakan reformasi sebelum bertukar menjadi pemberontakan unutk menggulingkan Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun.

Rakyat Libya menyifatkan Gaddafi sebagai seorang diktator.

Kemenangan pihak pemberontak adalah hasil dari bantuan musuh Gaddafi iaitu NATO. Namun tak disangka cara kematian Gaddafi itu amat menyedihkan kerana sebagai umat Islam, jenazahnya tak sepatutnya berlaku sebegitu.
Terowong yang dipercayai tempat persembunyian Gaddafi dan pengikutnya


Kejayaan pembunuhan Gaddafi bermula apabila dia ditangkap dalam sebuah lubang dipercayai tempat persembunyiannya.

Kita saksikan beberapa video di bawah ini (sumber dari Gurdian UK):

Gaddafi sebelum dibunuh oleh pihak pemberontak


Mayat Gaddafi diraikan oleh pemberontak


Video mayat Gaddafi yang diambil melalui telefon bimbit


*p/s: Lepas ni, pihak barat akan menguasai Libya yang kaya dengan hasil minyak melalui boneka mereka (proxy). Habislah Libya.

TONTON DAN MUAT TURUN CERITA REAL STEEL


Sinopsis:

REAL STEEL dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.
Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan. Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.


 Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara.


Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.

Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya. Aku merasakan ini adalah filem yang terbaik setakat ini untuk tahun 2011.

Untuk menonton filem ini secara online klik ni : TONTON ONLINE CERITA REAL STEEL

Untuk memuat turun filem ini:
MEDIAFIRE = PART1 - PART2 - PART3

TONTON DAN MUAT TURUN FILEM BINI BINI KU GENGSTER


Sinopsis:

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

TONTON SECARA ONLINE DI YOUTUBE :





MUAT TURUN :

PART 1
PART 2

FOTO BAYI YANG TELAH DIKELAR PERUTNYA


Tak berperikemanusiaan betul la orang zaman sekarang ni!! Patutnya pemikiran makin maju tapi yang sebaliknya berlaku. Aku sedih bila kejadian buang bayi ini semakin menjadi-jadi.

Korang mesti dah dengar satu kejadian di Betong dimana perut bayi telah dikelar hingga terburai isi perutnya yang telah menggemparkan negara baru2 ini.

Artikel ini telah diambil dari Harian Metro:

Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

*Kalau taknak bayi tu, bagi la kat aku. Leh juga aku bela. Aku suka budak2 kecik ni. Peace!

VETTEL JUARA F1 BERGANDA TERMUDA

Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada GP Jepun semalam. 
 
Ini bermakna pelumba Jerman itu cemerlang dengan status juara berganda termuda dalam F1. Pelumba McLaren, Jenson Button yang bermula pada kelompok depan bersama Vettel (petak pertama), memenangi perlumbaan di Litar Suzuka, iaitu kemenangan ketiganya musim ini dengan hanya 1.160s di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Vettel hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan musim ini atau Button gagal memenangi perlumbaan. Begitupun 15 mata yang diperoleh setelah menduduki tempat ketiga semalam lebih daripada mencukupi untuk pelumba berusia 24 tahun itu menjadi pelumba termuda yang memenangi kejuaraan dunia berganda.

"Kami melalui musim yang panjang. Perlumbaan hari ini tidak sepantas yang kami harapkan kerana kami menggunakan tayar lembut. "Dengan keputusan yang memuaskan ini, ia membantu saya memenangi kejuaraan. Terima kasih kepada pasukan," kata Vettel.

Vettel merupakan pelumba termuda yang menyertai F1 iaitu pada usia 19 tahun 53 hari bersama pasukan Sauber di Turki pada 2006. Dia merupakan pelumba termuda yang memulakan perlumbaan pada 2007 di Amerika Syarikat dan pada perlumbaan yang sama, dia muncul pelumba termuda meraih mata.

Pada 2007 di Jepun, dia merupakan pelumba termuda yang mendahului perlumbaan dan pada 2008 di Itali, dia menjadi pelumba termuda yang meraih petak pertama, juga pelumba termuda yang memenangi perlumbaan.

Keputusan bersama pasukan Toro Rosso itu mendorong perpindahan ke pasukan Red Bull pada 2009 dan hampir merangkul kejuaraan dunia, namun terpaksa berpuas hati di tempat kedua di belakang Button. Vettel menyertai senarai pelumba terhebat sebagai juara dunia berganda termasuk Michael Schumacher, Juan Manuel Fangio, Jack Brabham, Jackie Stewart, Ayrton Senna dan Alain Prost. Kini Vettel berpeluang memburu rekod 13 kemenangan semusim milik Schumacher dan rekod 14 petak pertama semusim milik Nigel Mansell.

TRANSFORMASI DALAM BAJET 2012


Bajet 2012 telah selesai dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada petang tadi. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia amat menantikan isu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat tersebut bagi membicarakan tentang belanjawan yang telah dirancang oleh kerajaan Malaysia. Sememangnya, terdapat beberapa Transformasi dalam bajet kali ini yang akan membawa faedah dan keuntungan kepada rakyat khususnya sekaligus pihak pembangkang tiada apa lagi "senjata" untuk menidakkan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional.

Intipati Bajet 2012

Di antara perkara yang telah dibentangkan adalah seperti berikut :

Pelajaran dalam Bajet 2012

  • Pemberian baucar buku sebanyak RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
  • Yuran pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan akan dimansuhkan.
  • Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.

Bantuan dalam Bajet 2012

  • Bantuan sebanyak rm500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  • Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
  • Caj pendaftaran pesakit luar bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas di semua hospital dan klinik kesihatan dikecualikan bermula 1 Januari 2012. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
  • Kerajaan akan memberi sumbangan kepada wirawan dan wirawati negara sebanyak RM3000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan 400 juta ringgit bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.

Kerjaya dalam Bajet 2012

  • Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah.
  • Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
  • Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  • Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
  • RM500 juta diperuntukkan untuk dana komersial inovasi PKS.
  • Bonus tambahan setengah bulan gaji akan diterima oleh kakitangan kerajaan dan bayaran bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
  • Bagi sektor swasta, galakan cukai diberikan dengan potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship, potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.

Cukai dalam Bajet 2012

  • Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Pencen Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun.

Perumahan dalam Bajet 2012

  • RM63 juta diperuntukkan untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
  • RM40 juta diperuntukkan untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
  • 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.
  • Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu ringgit.
  • Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan 300 juta ringgit untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
  • Kerajaan akan terus melaksanakan Progam Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.

Subsidi dalam Bajet 2012

  • Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar.
  • Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.

Projek dalam Bajet 2012

  • Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru;
  • Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau
  • Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit untuk mengatasi masalah banjir.
Ini adalah di antara intipati Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan. Terdapat pelbagai lagi isu yang telah dibentangkan pada Belanjawan 2012 itu. Perdana Menteri juga turut menganggar pertumbuhan ekonomi di negara ini akan berkembang sebanyak 5.5 peratus kenaikan.
Belanjawan 2012 telah pun dibentangkan pada Jumaat lepas (07 Oktober 2011) .

MAMAT SEPAH PUTUS CINTA DENGAN FIDA IBRAHIM


Tak habis lagi dengan cerita masalah dengan anggota kumpulan Sepah yang lain, timbul pula cerita Mamat telah ditinggalkan kekasih hatinya iaitu Fida Ibrahim. Ini semua gara2 Mamat yang telah memuat naik gambar Fida tidak bertudung ketika bercuti bersama Mamat dan keluarganya di Singapura di internet baru2 ini. Cuba korang tengok gambar ni betul2, sape yang ambik gambar ni? Tengok kat anak panah tu? Mamat Sepah kan?


Fida yang telah ditemubual oleh laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, telah menyatakan: Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.

Aku rasa lebih baik Mamat muhasabah diri tu balik. Cuba perbaiki diri tu dulu. Perbaiki disiplin dan kualiti persembahan yang selama ni banyak dipertikaikan oleh ramai pihak. So, jangan tuding jari pada sape2. Ingat pesanan ye kalau Mamat baca entri aku ni. Peace yo!!

MENARA MAINS 15 TINGKAT DI SEREMBAN


Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.

Dahulunya, tapak tersebut adalah bekas sebuah hotel yang boleh diketegorikan sebagai 'sarang maksiat' yang dikenali Lake View Hotel.

Menara tersebut akan dikenali sebagai Kompleks MAINS yang akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ia dijangka siap pada 2013 dan akan menjadi mercu tanda baru bagi bandar Seremban. Bank Islam adalah penyewa utama bangunan tersebut.


Bagi aku tiada masalah dengan pembinaan menara ini malah ia seharusnya akan menjadi contoh kepada majlis agama Islam di negeri lain. Aku sendiri mendapat info dari YB ADUN Serting iaitu Dato' Shamsulkahar, MAINS mendapat anugerah 4 bintang kerana mempunyai rekod kewangan yang baik.

Sumber pembiayaan menara ini adalah dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains. Jadi aku harap ia bukan datang dari sumber duit zakat (duit asnaf) la ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More