MAN UTD KENA BELASAH DI OLD TRAFFORD





Kekalahan memalukan!!!

Itulah yang terjadi kepada juara bertahan EPL, Manchester United yang tumpas 1-6 kepada pasukan jiran Manchester City di Old Trafford malam semalam. Pertahanan yang longgar dan permainan berat sebelah yang disajikan pada perlawanan tersebut. Para pemain United seolah-olah tidak mampu menahan asakan pemain City yang mudah merobek pertahanan mereka yang diketuai Rio Ferdinand.



Kemenangan itu juga bermakna City melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan ke-93.

Kekalahan tersebut meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Red Devils musim ini dan Manchester City terus melebarkan jurang kepada 5 mata.



1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More