MASIH RELEVAN KE TEBUS TALAK DI ZAMAN MATERIAL INI?

Apakah makna sebenar tebus talak? Bilakah tebus talak boleh digunakan? Sejak bila ia diperaktikkan? Itu semua mengundang persoalan dalam fikiran aku. Setahu aku maksud tebus talak tu adalah suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya walaupun suaminya tak pernah gagal menjalankan tanggungjawab memberi nakfah zahir dan batin. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, Mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu' dan menjadi bain sughra.


Kes tebus talak yang pernah aku dengar sebelum ni melalui cerita kawan2 aku. Biasanya. kes 'cina buta' dimana seorang isteri yang telah dijatuhkan talak 3 yang ingin kembali kepada bekas suami. Maka kaedah ini biasa digunapakai di mahkamah syariah untuk kes tersebut kerana kebiasaannya lelaki yang menjadi 'cina buta' sukar 'melepaskan' isteri yang dikahwininya walaupun perjanjian telah dibuat dengan bekas suami isterinya sebelum itu.

Begitulah yang terjadi kepada kakak kepada penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Siti Nursaidah (Saida AF6) telah bercerai dengan suaminya melalui tebus talak RM 1,000. Tetapi tak pastilah samada bayaran tersebut telah di'sponsor' oleh pihak tertentu atau tidak kerana sebelum ini ada beberapa sumber dari beberapa blog yang menyatakan dia mempunyai teman lelaki iaitu seorang Datuk. Namun perkara itu telah dinafikan oleh beliau sendiri. Tak mengapalah kalau begitu.

Topik sebenar yang aku nak bagitau ni adalah relevankah kaedah tebus talak ini? Bukan apa, yang aku risaukan adalah kaedah ini akan disalahgunakan oleh pihak tertentu lebih2 lagi  bagi orang lelaki kaya yang berkeinginan mengahwini isteri orang. Seperti berita baru2 ini, laporan muka depan Harian Metro mengenai pengakuan seorang wanita dikenali sebagai Normah, 31, telah diberi oleh teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak supaya diceraikan suami sebelum dia  berkahwin dengan teman lelakinya itu. Maknanya, lelaki tersebut seolah-olah telah 'membeli isteri orang' kerana dia telah memberi sejumlah wang supaya wanita tersebut dapat diceraikan dan kemudian dikahwininya. Kalau begitu, lebih banyaklah kes penceraian akan berlaku selepas ini.

Aku harap pihak yang berkaitan terutamanya jabatan agama islam dan mufti2 akan membuat satu mekanisme supaya kejadian 'jijik' begini tak mudah berlaku dan ia harus dipantau agar ia tak merosakkan instistusi kekeluargaan orang islam itu sendiri. Aku rasa, kes sebegini telah banyak berlaku cuma yang diketahui amat sedikit. Bagi aku, cerai tebus talak ni hanya boleh digunapakai bagi kes2 tertentu sahaja. Maknanya kaedah tersebut tak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan oleh pihak mahkamah. Aku harap lepas ni takkan ada la lelaki islam yang menjadikan 'membeli isteri orang' ini sebagai satu trend baru. Nauzubillah....

*Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Jangan kamu masuk meminang pinangan saudara kamu apatah lagi mengambil isteri saudara (seagama) kamu.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More