MENARA MAINS 15 TINGKAT DI SEREMBAN


Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.

Dahulunya, tapak tersebut adalah bekas sebuah hotel yang boleh diketegorikan sebagai 'sarang maksiat' yang dikenali Lake View Hotel.

Menara tersebut akan dikenali sebagai Kompleks MAINS yang akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ia dijangka siap pada 2013 dan akan menjadi mercu tanda baru bagi bandar Seremban. Bank Islam adalah penyewa utama bangunan tersebut.


Bagi aku tiada masalah dengan pembinaan menara ini malah ia seharusnya akan menjadi contoh kepada majlis agama Islam di negeri lain. Aku sendiri mendapat info dari YB ADUN Serting iaitu Dato' Shamsulkahar, MAINS mendapat anugerah 4 bintang kerana mempunyai rekod kewangan yang baik.

Sumber pembiayaan menara ini adalah dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains. Jadi aku harap ia bukan datang dari sumber duit zakat (duit asnaf) la ye.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More