NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011


Game yang amat menarik yang telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan malam tadi boleh menunjukkan bahawa bolasepak tempatan sudah ada peningkatan. Permainan yang rancak dengan aksi saling serang menyerang antara kedua-dua pasukan memang menakjubkan. Tak ubah seperti permainan dalam EPL(walaupun tak sama.. hehehe..). Namun begitu, kemudahan dalam dan luar stadium amat menyedihkan. Sebab itu ramai yang tak setuju perlawanan akhir diadakan di Stadium Shah Alam. Korang bayangkan stadium yang pernah menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia Remaja FIFA pada 2007 tidak diselenggara dengan baik. Tempat duduk kotor, tandas yang amat menjijikkan, tandas tiada air, parking kurang, padang tak berkualiti dan banyak lagi lah masalah kat situ. Malas aku nak cakap. Bagi aku Stadium Paroi jauh lebih baik daripada stadium ini.

Ok, aku terus nak bercerita pasal game malam tadi ni. Gol pendahuluan pasukan Terengganu yang dihasilkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ke-58 boleh membuat hati aku ni berdebar-debar dan gelisah kerana di stadium inilah aku telah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan tumbang 0-2 kepada Perak pada final Piala Malaysia tahun 2000 setelah telah menang semua perlawanan sebelum ini. Sebab tu aku terdiam seketika dan hanya melihat penyokong Terengganu bersorak tak habis2 yang membuatkan aku meluat je.

Namun, kebangkitan pada luarbiasa dalam 10 minit terakhir membuahkan hasil apabila rembatan silang S. Kunanlan pada minit ke-81 menerjah jaring hasil "ehsan" penjaga gol "terbaik" negara masa kini iaitu Sarbinee Alawee. Tak lama selepas tu, pemain terbaik perlawanan iaitu Hairuddin Omar atau Hai-O telah mejaringkan gol kedua yang cantik selepas sepakan guntingnya menerjah disebelah kanan jaring hasil umpanan Shukor Adan pada minit ke-86. Walaupun permainan ditambah 5 minit masa kecederaan, pasukan "Hobin Jang Hobin" berjaya bertahan dengan baik sehingga wisel penamat ditiupkan sekaligus menobatkan Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia edisi 2011. Ini adalah kejuaraan kali ketiga setelah memenanginya pada 1948 (dahulu dikenal sebagai H.M.S Malaya) dan 2009 setelah menewaskan Kelantan 3-1.

Perlawanan ini disiarkan secara langsung di Astro Arena (801), RTM Tv1 dan buat julung kalinya dalam siaran HD serta ulasan dalam bahasa Inggeris di Astro Supersport HD2.






Ada beberapa pemain yang perlu dipanggil oleh Datuk K. Rajagopal untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan yang merosot sejak akhir2 ini. Antaranya adalah:
1. Marzuki Yusof - Pemain "centre defend" yang amat bagus. Kalau Rajagopal tak panggil dia main Malaysia, memang "bengap"lah Rajagopal tu.
2. Manaf Mamat - Boleh mengisi kekosongan di bahagian hadapan yang selama ini hanya bergantung kepada Safee Sali.
3. Qhairul Anwar - Pemain muda yang amat berbakat yang bermain di bahagian pertahanan kanan. Tak gelabah bila pegang bola dan bijak membaca hantaran bola pihak lawan.
4. Hairuddin Omar - Boleh menambah sengat di bahagian serangan.

Pemain yang perlu meningkatkan prestasi:
1. Aidil Zafuan -  Permainan makin merosot. Mudah lepaskan bola kepada pihak lawan. Mudah alpa.
2. Sharbinee Allawee - Selalu buat kesilapan mudah yang akhirnya menghukum pasukan yang diwakilinya.

*p/s: Game oleh kedua-dua pasukan malam tadi memang best. Nanti aku uploap pic aku masa final tu sebab belum transfer pic tu dalam laptop.

2 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More