MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

KISAH JURUGAMBAR TERLAMPAU

KERATAN YANG DIAMBIL DARI HARIAN METRO

Menjadi-jadi betul budak2 sekarang ni, Mudah sangat terpengaruh semata-mata nak cepat glamor. Hingga sanggup menggadai maruah kerana nak ikut jalan "short cut" tanpa perlu bersusah-payah seperti model2 lain.

Kita kena ingat, tiada jalan pintas dalam dunia ni kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Semuanya bergantung kepada usaha dan doa korang. 

Aku x pasti la samada rakan2 fb aku  ada yang terkena atau tak dengan kes yang telah dipaparkan oleh Harian Metro bertarikh 17 Nov 2011 (Khamis) mengisahkan seorang jurugambar atau 'photog' (perkataan yang biasa disebut oleh talent2 dalam fb) yang menyamar sebagai pengujibakat yang hanya menggunakan bilik hotel untuk dijadikan 'studio'. Sekurang-kurangnya 15 orang telah mangsa dimana mereka telah dibogelkan dan perlu melakukan hubungan seks sebagai syarat untuk menjadi model terkenal.

Aku pun pelik kenapalah diorang ni tak  boleh fikir yang diorang tu sebenarnya kena tipu? Selidiklah betul2 dulu. Harap2 takde la kawan2 fb aku yang kena tipu macam tu..

ISTANA NEGARA TELAH BERPINDAH KE JALAN DUTA

 ISTANA NEGARA BATU DI JALAN DUTA

Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, ibu negara, sudah pun menjadi sejarah peninggalan negara. Istana Negara, di Jalan Istana, asalnya sebuah banglo dibina pada 1928, dengan kos RM150,000. Ia menjadi kediaman seorang jutawan dari China, Chan Wing, sebelum diambil-alih pemerintahan Jepun, sebagai mes pegawai tenteranya pada 1942 hingga 1945. Kemudian, ia diubahsuai menjadi Istana Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah selepas Jepun menyerah kalah.

ISTANA NEGARA LAMA DI JALAN ISTANA

Pada 1957, Kerajaan Persekutuan menjadikan bangunan ini menjadi Istana Negara dengan kos sebanyak RM 1.4juta. Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Kurshiah Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Istana ini sudah menjadi tempat bersemayam bagi 13 Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisurinya.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan menjadi Yang Dipertuan Agong yang pertama yang akan bersemayam di Istana Negara baru di Jalan Duta yang bernilai RM800juta. Istana Negara baru akan digunakan pada Disember ini.

Ia akan menjadi mercu tanda  negara yang baru. Dilaporkan Istana Negara yang lama akan dijadikan sebagai Muzium Diraja.

CARA NAK TAMBAHKAN TRAFIK BLOG ANDA MELALUI "BLOGWALKING SOFTWARE"

Sebelum ni, aku pernah selak satu-satu blog yang x penah aku singgah melalui follower blog kawan2 aku semata-mata nak tambah trafik dalam blog aku dan tambah follower blog aku ni. Memang jenuh la kerjanya. Walaupun ia berkesan, namun cara ini agak perlahan bagi blogger yang malas macam aku ni. Jadi, sempena tarikh 11.11.11 ni aku nak share satu software dengan korang, bagaimana nak kasi tambah trafik dan follwer pada blog korang dengan lebih cepat dan mudah.

Mudah je caranya. Korang cuma install "BLOGWALKING SOFTWARE" bagi memudahkan korang untuk blogwalking pada blog bakal follower korang. Mula2 korang klik link ni untuk
Bila dah muat turun, korang extract lah fail tersebut sebab fail yang dimuat turun dalam bentuk "zip".
Lepas dah extract, secara automatiknya ia akan buka fail dalam folder baru (folder blogwalking).
Buka folder tersebut dan double-click pada logo blogwalking. Siap.
Tambahan: Korang boleh tambah, buang atau edit senarai pautan (link) dalam software tersebut. Klik pada "setting".
Inilah rupabentuk BLOGWALKING SOFTWARE

Untuk pengetahuan korang, software ini telah dicipta oleh seorang anak tempatan iaitu saudara Edy dari blog SEPAKU. Kiranya software ini adalah buatan Malaysia lah. Selamat mencuba ye!

CARA NAK LAJUKAN GOOGLE CHROME

Sebelum ni aku pernah masukkan entri tentang CARA NAK LAJUKAN MOZILLA FIREFOX. Dah ramai yang berjaya menggunakan cara tersebut. Tapi, kali ni aku dah ada cara baru bagaimana nak lajukan Google Chrome pulak. So, korang ikut je arahan yang aku bagi ni.

1. Buka Google Chrome.
2. Klik "Customize and control Chrome" (logo spanar) yang berada di sebelah penjuru kanan. Kalau korang masih tak faham, korang tgk pic kat bawah ni.
3. Klik "Options".
4. Klik tab "Under the Hood" atau "Under the Bonnet".
5. Kemudian buang 'tick' pada:
  • "Use a web service to help resolve navigation errors" atau "Show suggestions for navigation errors"
  • "Use a prediction service to help complete searches and URLs typed in the address bar" atau "Use a suggestion service to help complete searches and URLs typed in the address bar"
  • "Automatically send usage statistics and crash reports to Google" atau "Help make Google Chrome better by automatically sending usage statistics and crash reports to Google"
6. Pastu, korang klik butang "Change proxy setting".
7. Pastu, korang klik butang "LAN Settings".
8. Sila periksa "Automatically detect settings" samada ber'tick' atau tak. Jika masih ber'tick', sila buangkan 'tick' tersebut.
9. Klik butang 'OK'. Kemudian, 'restart' Google Chrome (tutup dan buka semula).
10. Siap.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More