ISTANA NEGARA TELAH BERPINDAH KE JALAN DUTA

 ISTANA NEGARA BATU DI JALAN DUTA

Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, ibu negara, sudah pun menjadi sejarah peninggalan negara. Istana Negara, di Jalan Istana, asalnya sebuah banglo dibina pada 1928, dengan kos RM150,000. Ia menjadi kediaman seorang jutawan dari China, Chan Wing, sebelum diambil-alih pemerintahan Jepun, sebagai mes pegawai tenteranya pada 1942 hingga 1945. Kemudian, ia diubahsuai menjadi Istana Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah selepas Jepun menyerah kalah.

ISTANA NEGARA LAMA DI JALAN ISTANA

Pada 1957, Kerajaan Persekutuan menjadikan bangunan ini menjadi Istana Negara dengan kos sebanyak RM 1.4juta. Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Kurshiah Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Istana ini sudah menjadi tempat bersemayam bagi 13 Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisurinya.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan menjadi Yang Dipertuan Agong yang pertama yang akan bersemayam di Istana Negara baru di Jalan Duta yang bernilai RM800juta. Istana Negara baru akan digunakan pada Disember ini.

Ia akan menjadi mercu tanda  negara yang baru. Dilaporkan Istana Negara yang lama akan dijadikan sebagai Muzium Diraja.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More