MY POSTER 1

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

MY POSTER 2

Poster Terbaru.. Kredit kepada Huzaimi Mat Zali

BERSAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Inilah kenangan yang tidak mungkin ABG GREY lupakan sepanjang hidup ABG GREY..

ITS ME, ABG GREY...

Kenalilah diriku melalui blog ini...

BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG KINABALU

Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Ranau..

DI NABALU

Lokasi ini adalah antara lokasi yang selalu mendapat perhatian jurugambar kerana terdapat ruangan khas untuk mengambil gambar gunung tersebut dengan lebih dekat..

YUSRI DAN LISA SAH AKAN BERNIKAH

Lisa dan Yusry dalam sidang media di Marriot Putrajaya Resort & Spa

Hubungan antara mereka sememangnya dah ramai yang tau. Malah mereka tak pernah menyembuyikannya hal tersebut. Begitulah ceritanya hubungan "istimewa" antara pengarah dan pelakon serta penyanyi iaitu Yusry Abd. Halim dengan pelakon jelita, Lisa Surihani yang dikhabarkan akan bernikah.

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh kedua pihak laki dan perempuan dalam sebuah sidang media di Marriot Putrajaya Resort & Spa. Dalam sidang media tersebut, Yusry telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 23 Feb 2012.


Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

p/s: Semoga berbahagia dan selamat melangsungkan perkahwinan tersebut dengan jayanya..

HASAN ALI TERPERANGKAP ATAU DIPERANGKAP?

Mungkin satu Malaysia dah tau tentang pergolakan dalam PAS yang melibatkan bekas pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang juga merupakan Exco kerajaan Selangor.

 Datuk Dr. Hasan Ali

Bermula tercetusya dengan kes penjualan arak di Shah Alam. Lepas tu, kes memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara. Dan yang terbaru pulak, pengakuan seorang pemimpin tinggi PAS bahawa Hasan Ali takkan tercalon semula untuk PRU-13 nanti kerana kurang undi pencalonan dalam parti. Semua pergolakan tersebut berlaku di Selangor. Tiada seorang ahli UMNO pun yang terlibat kerana tiada satu nama ahli UMNO yang disebutkan pabila berlakunya pergolakan tersebut.

Tapi, orang PAS kata ni semua konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat(PR) sebab pilihanraya dah nak dekat. Cuba korang tengok balik kronologi pergolakan yang telah disebutkan sebelum ni. Semuanya dicetuskan sendiri oleh orang dalam PAS dan PR. Untuk menutup segala kelemahan yang telah "disungkit" oleh Hasan Ali, PAS cuba mengalihkan masalah tersebut dengan menuduh pihak UMNO yang merancang semua ni. Walhal, Hasan Ali sendiri mengakui tiada penglibatan langsung oleh UMNO. Jadi, korang fikirlah sendiri kalau PR yang memerintah negara. Kucar-kacirlah jawabnya.

p/s: Tetap sokong Hasan Ali sebab dialah pejuang tulen walaupun dia berlainan parti dengan aku.

DATIN MUDA KENA CEKUP DI LANGKAWI

Rasa amat mengerikan pulak bila mendengar cerita2 sensasi yang melibatkan dengan kecurangan isteri2 orang zaman sekarang ni di dada2 akhbar. Alasan yang biasa kedengaran adalah kurang mendapat perhatian suami, suami selalu "outstation", sekadar mencari keseronokan dan macam2 lagi lah.

Gambar hiasan

Kelmarin, seorang Datin muda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga ahli perniagaan di sebuah bilik hotel empat bintang di Kuala Teriang, Langkawi.

Wanita berusia 25 tahun itu dicekup sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam mengenai perlakuan sumbang pasangan berkenaan.

Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu dikatakan datang ke Langkawi semata-mata mahu ‘berseronok’ dengan pasangannya yang berusia 30-an itu, selepas suaminya berstatus Datuk dikatakan bertugas di luar kawasan.

Sumber PADAL berkata, sepasukan anggotanya terus ke lokasi sebaik menerima aduan dan memeriksa sebuah bilik di hotel itu yang disyaki disewa pasangan terbabit.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berbaju tidur membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita yang berbaju T sedang berbaring di atas sofa dan pasangan itu mengaku hanya kenalan biasa menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan soal siasat, wanita itu mendakwa datang ke pulau ini hanya untuk berseronok dengan lelaki berusia 30-an itu tanpa pengetahuan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus Datuk di Kuala Lumpur.

p/s: Apalah nak jadi dengan isteri2 zaman sekarang ni? Mmmmm...

SELEPAS KHIR TOYO, SIAPA PULA?


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Malah, pihak  turut mengarahkan dua lot tanah dan rumah Nombor 8 dan 10 di Jalan Suasa, Seksyen 7, di sini dilucut hak dan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Persoalannya, lepas ni siapa pula yang akan menjadi "mangsa pembersihan rasuah" seterusnya? Harap2 pihak SPRM akan lebih giat membanteras gejala ini kerana ia boleh menggagalkan pelaksanaan dasa kerajaan. Selain itu, peratusan NKRA membanteras gejala ini akan meningkat setanding Hong Kong yang menjadi penanda aras SPRM.

p/s: Harap2 SPRM dapat menyelesaikan kes National Fidlot Corporation (NFC) jika ada penyelewangan berlaku,

MAJIKAN TAK PERLU AMAH INDON LAGI

Rasa leceh sangat pabila nk menguruskan kemasukan amah terutama dari Indonesia. Bayaran untuk permit pun dah sekian. Masa nak menguruskan mengambil masa yg lama. Tapi aku nak cadangkan kat korang supaya guna cara baru ni untuk melakukan kerja2 rumah tanpa memerlukan amah lagi..

Saksikan video ni ye:
video

p/s: teknik paling terbaru. tak perlu permit dan jimatkan kos serta masa. hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More