DATIN MUDA KENA CEKUP DI LANGKAWI

Rasa amat mengerikan pulak bila mendengar cerita2 sensasi yang melibatkan dengan kecurangan isteri2 orang zaman sekarang ni di dada2 akhbar. Alasan yang biasa kedengaran adalah kurang mendapat perhatian suami, suami selalu "outstation", sekadar mencari keseronokan dan macam2 lagi lah.

Gambar hiasan

Kelmarin, seorang Datin muda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga ahli perniagaan di sebuah bilik hotel empat bintang di Kuala Teriang, Langkawi.

Wanita berusia 25 tahun itu dicekup sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam mengenai perlakuan sumbang pasangan berkenaan.

Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu dikatakan datang ke Langkawi semata-mata mahu ‘berseronok’ dengan pasangannya yang berusia 30-an itu, selepas suaminya berstatus Datuk dikatakan bertugas di luar kawasan.

Sumber PADAL berkata, sepasukan anggotanya terus ke lokasi sebaik menerima aduan dan memeriksa sebuah bilik di hotel itu yang disyaki disewa pasangan terbabit.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berbaju tidur membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita yang berbaju T sedang berbaring di atas sofa dan pasangan itu mengaku hanya kenalan biasa menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan soal siasat, wanita itu mendakwa datang ke pulau ini hanya untuk berseronok dengan lelaki berusia 30-an itu tanpa pengetahuan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus Datuk di Kuala Lumpur.

p/s: Apalah nak jadi dengan isteri2 zaman sekarang ni? Mmmmm...

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More