HASAN ALI TERPERANGKAP ATAU DIPERANGKAP?

Mungkin satu Malaysia dah tau tentang pergolakan dalam PAS yang melibatkan bekas pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang juga merupakan Exco kerajaan Selangor.

 Datuk Dr. Hasan Ali

Bermula tercetusya dengan kes penjualan arak di Shah Alam. Lepas tu, kes memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara. Dan yang terbaru pulak, pengakuan seorang pemimpin tinggi PAS bahawa Hasan Ali takkan tercalon semula untuk PRU-13 nanti kerana kurang undi pencalonan dalam parti. Semua pergolakan tersebut berlaku di Selangor. Tiada seorang ahli UMNO pun yang terlibat kerana tiada satu nama ahli UMNO yang disebutkan pabila berlakunya pergolakan tersebut.

Tapi, orang PAS kata ni semua konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat(PR) sebab pilihanraya dah nak dekat. Cuba korang tengok balik kronologi pergolakan yang telah disebutkan sebelum ni. Semuanya dicetuskan sendiri oleh orang dalam PAS dan PR. Untuk menutup segala kelemahan yang telah "disungkit" oleh Hasan Ali, PAS cuba mengalihkan masalah tersebut dengan menuduh pihak UMNO yang merancang semua ni. Walhal, Hasan Ali sendiri mengakui tiada penglibatan langsung oleh UMNO. Jadi, korang fikirlah sendiri kalau PR yang memerintah negara. Kucar-kacirlah jawabnya.

p/s: Tetap sokong Hasan Ali sebab dialah pejuang tulen walaupun dia berlainan parti dengan aku.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More