AKHIRNYA AMALINA MENJAWAB SEGALA TOHMAHAN TERHADAPNYA


Gosip panas yang melanda pelajar cemerlang yang mencapai 17A dalam SPM tahun 2004 iaitu Nur Amalina Che Bakri ini bagaikan tsunami yang melanda dirinya. Sejak tersebarnya gambar dia berparti dengan rakan2nya yang dipercayai telah digodam dalam Facebook miliknya, tak henti2 tohmahan terhadap dirinya itu.


gambar yang dicuri dari Facebook Nur Amalina

Manakan tidak, selama ini boleh dikatakan dia menjadi idola setiap pelajar. Sopan, bertudung dan bijak. Itulah yang kita nampak pada masa lalu. Setelah pelbagai tohmahan yang dilemparkan tanpa henti2, maka akhirnya dia sendiri tampil untuk menjawab isu panas tersebut. Sehubungan itu, dia memohon kepada yang melemparkan tuduhan terutamanya para blogger agar menghentikan segera tuduhan tersebut.

Ibunya pula berkata anaknya bukanlah liar seperti yang didakwa ramai pihak. Amalina memang tidak bertudung dan pakaian yang dipakainya semasa parti tersebut pula adalah pemberian ibunya itu. Amalina sentiasa berusaha gigih dalam pengajiannya. Adakalanya, dia mengulangkaji pengajian sehingga lewat malam. Itulah pengakuannya ibunya sendiri.

Inilah video jawapan dari Amalina yang dirakam melalui Skype:





p/s: jangan suka menuduh tanpa usul periksa. kepada Amalina, jgn putus asa ye. sekarang kamu dah glamor balik. semoga berjaya dalam pengajian mu.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More