KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN AKAN DIPAMERKAN


Senaskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad akan dipamerkan tidak lama lagi di Muzium Etnografi Ankara. Kitab tersebut turut menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati. 

Kitab tersebut ditulis dengan menggunakan bahasa Aramaik dipercayai serupa dengan bahasa Hebrew. Semoga pendedahan ini akan membuka mata banyak pihak terutama kepada pihak yg ingin memesongkan akidah umat Islam.

0 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More